ads

Selasa, 16 April 2013

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


Mercedes AMG Yakin Catat Keputusan Positif Pada Perlumbaan <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2013 05:17 AM PDT

Dari kiri; Ross Brawan (Prinsipal pasukan), Nico Rosberg, Lewis Hamilton dan Toto Wolff (Pengarah Eksekutif pasuka) bergambar pada majlis bertemu media di KLCC.

Dari kiri; Ross Brawn (Prinsipal pasukan), Nico Rosberg, Lewis Hamilton dan Toto Wolff (Pengarah Eksekutif pasukan) bergambar pada majlis bertemu media di KLCC.

Pasukan Mercedes AMG mensasarkan untuk menamatkan perlumbaan dikelompok 6 terbaik pada GP Malaysia yang akan bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Prinsipal pasukan, Ross Brawan yakin pasukannya mampu merealisasikan sasaran itu selepas melihat potensi jentera dan pemandunya dalam aksi perlumbaan pertama kalendar 2013 di Melbourne Australia minggu lalu.

"Pasukan kami sangat teruja dan sudah tidak sabar beraksi di Malaysia yang juga 'gelanggang tuan rumah' untuk pasukan ini kerana penaja utama, Petronas merupakan antara syarikat terbesar di Malaysia.

"Kita akan gunakan strategi terbaik terutamanya berkaitan pit-stop semasa perlumbaan nanti apatah lagi cuaca disini sukar untuk dijangka" kata Brawn pada majlis bertemu media yang diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, KLCC petang tadi.

Tanggungjawab itu sudah tentu bakal digalas dua pelumba pasukan, Nico Rosberg yang pernah menaiki podium di Sepang pada musim 2010 serta pelumba baru, Lewis Hamilton yang sebelum ini memandu untuk pasukan McLaren Mercedes.

Rosberg mahu bangkit dari kekecewaan perlumbaan minggu lalu.

Rosberg mahu bangkit dari kekecewaan perlumbaan minggu lalu.

"Saya sangat berpuashati dengan jentera musim ini terutamanya selepas Petronas membekalkan minyak dan pelincir berkualiti yang menyaksikan enjin kereta kami berfungsi lancar hingga membantu jentera bergerak dengan lebih laju.

"Oleh sebab itu, saya yakin pasukan ini mampu mencatatkan keputusan yang lebih baik berbanding perlumbaan terdahulu sekaligus mampu menjadi antara pencabar utama kejuaraan musim ini" kata Rosberg.

Bagi Hamilton pula, dia sangat berbangga untuk mewakili pasukan Mercedes yang bekerjasama dengan Petronas dan berharap mampu menghasilkan keputusan positif dihadapan penyokong 'tuan rumah' pada perlumbaan ini nanti.

Hamilton yakin pasukan barunya ini mampu melangkah lebih jauh.

Hamilton yakin pasukan barunya ini mampu melangkah lebih jauh.

"Saya sangat selesa bersama pasukan baru saya ini. Seluruh krew sentiasa bekerja keras dan saya pasti peluang kami untuk menamatkan perlumbaan di kelompok 6 terbaik di Sepang nanti adalah sangat besar" kata Hamilton; juara dunia musim 2008.

Pada perlumbaan di GP Australia minggu lalu, Hamilton berada di tempat kelima sementara Rosberg gagal menamatkan perlumbaan akibat masalah elektronik jentera.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved