ads

Jumaat, 10 Mei 2013

12 di ijok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di ijok - Google Blog Search


khalid beri isyarat tidak bertanding <b>di ijok</b>, bakal ke <b>...</b> - The Posto

Posted: 13 Apr 2013 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 April — Kepimpinan pusat PKR mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding di Pelabuhan Klang dan bukan lagi Ijok, kata menteri besar kerajaan negeri Selangor sementara itu.

Ahli korporat bertukar menjadi ahli politik tersebut mengumumkan keputusan tidak mempertahankan kerusi yang disandangnya itu menerusi akaun Twitter miliknya.

"Pucuk pimpinan PKR harapkan calon 'heavyweight' untuk yakinkan pengundi Pelabuhan Klang dan saya diberi amanat pimpinan supaya bertanding di sana," kata beliau dalam akaun Twitter @ Khalid_Ibrahim.

"Saya akan berjumpa dengan penyokong di Pelabuhan Klang esok dan jika mereka sokong saya bertanding, saya akan usahakan kejayaan lebih besar utk PR," tambahnya lagi.

Khalid juga berkata keputusan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (PR) tersebut adalah bagi menebus kesilapan selepas bekas ahli dewan undangan negeri PKR, Badrul Hisham Abdullah keluar parti dan menjadi calon bebas pada 2009.

"PR telah silap letak calon yang melompat. Dengan itu, saya berharap menebus kesilapan PR dengan beri perkhidmatan lebih baik untuk pengundi Pelabuhan Klang," kata Abdul Khalid.

Bagi menggantikan tempatnya di Ijok, Abdul Khalid mencadangkan seorang anak tempatan untuk menggalas tanggungjawab sebagai calon disana serta berharap pengundi dapat menerima keputusan yang dibuat dengan terbuka.

"Untuk Ijok, saya cadang seorang anak jati Jawa Ijok iaitu Dr Idris – seorang doktor pakar yang telah berjuang dalam parti sejak zaman Reformasi.

"Saya harap penyokong Ijok terus sokong calon yang dipersetujui pimpinan. Saya ucap terima kasih banyak atas segala sokongan dan pertolongan mereka," kata beliau lagi.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 4,407 undi, mengalahkan seorang calon BN dan seorang calon bebas tetapi meninggalkan PKR pada Oktober 2009 untuk menjadi Adun bebas yang menyokong BN. Beliau kemudian menyertai Umno pada Mei 2010.

Abdul Khalid dilantik menjadi Menteri Besar Selangor secara rasminya selepas mengangkat sumpah pada 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam,Selangor.

Pada 8 Mac 2008, PR memenangi 36 kerusi dengan 15 kerusi dimenangi PKR, 13 DAP dan 8 dari PAS. BN pula memenangi 20 buah kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Sumber: The Malaysian Insider

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved