ads

Jumaat, 10 Mei 2013

12 di sungai panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


calon dun <b>sungai panjang</b>, budiman zohdi <b>...</b> - Jawa Bernam

Posted: 28 Apr 2013 09:30 PM PDT

ALANGKAH indahnya Islam itu jika mereka semua bersatu. Alangkah sejahteranya Islam jika umat Melayu tidak berbalah sesama mereka demi mencapai agenda politik masing-masing. Kenapa kita susah hendak bersatu?
Sikap rendah diri Budiman Zohdi, calon DUN Sungai Panjang kepada semua lapisan masyarakat tidak kira tua muda, miskin kaya mahupun berbeza ideologi politik, Pengerusi SERANG ini tidak ada masalah untuk mendekati mereka semua.
Keadaan di kawasan Sungai Panjang cukup unik dengan tiada perbalahan yang tercetus antara BN-PAS. Mereka masih bersaudara tidak kira dari parti mana, yang penting ukhuwah sesama muslim tidak akan terputus. 
Budiman Zohdi akan ditentang Ust. Fadzlin Taslimin, YDP PAS Sungai Besar yang juga bekas calon yang sudah 3 penggal kalah kepada penyandang sebelum ini Dr. Khir Toyo. PRU kali ini Ust. Fadzlin mencuba nasib untuk menentang Budiman Zohdi sekali lagi.
Ketua Pemuda BN Sungai Besar ini juga berharap rakyat Malaysia akan terus memberikan undi kepada Barisan Nasional. Beliau juga memberi pesanan supaya penduduk Sungai Besar P093 khususnya di DUN Sungai Panjang N03 dapat memberi undi kepada beliau untuk meneruskan perjuangan memberi khidmat terbaik serta kebajikan kepada rakyat sekitar.


UNDI CALON BN, BUDIMAN ZOHDI, N03 SG. PANJANG

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved