Sabtu, 11 Mei 2013

12 di selayang - Google Blog Search

12 di selayang - Google Blog Search


HPC: Ustaz Hazizi satu-satunya calon Melayu Muslim <b>di</b> Parlimen <b>...</b>

Posted: 20 Apr 2013 05:46 AM PDT

SELAYANG – Ustaz Hj. Mohd Hazizi Ab Rahman sah akan bertanding di P097 Parlimen Selayang atas tiket parti BERJASA. Penamaan calon yang diadakan di Majli Perbandaran Selayang hari ini menyaksikan akan berlaku persaingan 3 penjuru diantara calon BERJASA, MCA dan PKR. Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding di P097 Selayang;

Ustaz Hj. Mohd Hazizi Ab Rahman (BERJASA)
Donald Lim Siang Chai (MCA)
William Leong Jee Keen (PKR)

529595_529421907099047_735823592_n

Sesi penamaan calon hari ini di Majlis Perbandaran Selayang berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi oleh kesemua penyokong parti yang hadir.

Beliau yang menjangkakan akan berlaku persaingan sengit di Parlimen Selayang tetap yakin punyai calon cerah untuk menang di Selayang.

"Kita sudah nampak kemenangan 2-3 minggu sebelum ini lagi, hari ini telah membuktikan bahawa kita memang berada di pentas untuk mengambil tempat di Selayang," katanya.

Beliau mengharapkan semua pengundi agar dapat membuat keputusan yang tepat dan bijak dalam memilih pemimpin mereka demi menjaga kepentingan perlembagaan persekutuan yang merupakan tonggak kepada kestabilan negara.

Untuk dapatkan sebarang informasi dan perkembangan mengenai calon Berjasa di Parlimen Selayang anda boleh ke laman Facebook rasmi beliau Ustaz Hj. Mohd Hazizi Ab Rahman

Undilah Calon Muslim Berwibawa!

01_UstHazizi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads