ads

Sabtu, 11 Mei 2013

12 di sungai panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


[n03 <b>sungai panjang</b>] budiman mohd zohdi, pemuda <b>...</b> - Jawa Bernam

Posted: 30 Apr 2013 05:30 AM PDT

CALON N03 DUN Sungai Panjang yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Sungai Besar. Budiman Mohd Zohdi merupakan anak jati Sungai Limau, Sungai Besar. Siapa yang tidak kenal dengan tokoh pemimpin belia ini yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam. 
Pemegang Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini merupakan anak muda tempatan harapan rakyat di DUN Sungai Panjang. Pemuda gagah berani yang lantang bersuara disegenap medium. Seorang pemimpin belia yang akitf memberikan motivasi dan penguat semangat kepada anak muda yang lain demi untuk mengekalkan keharmonian negara yang sedia ada.
Budiman Mohd Zohdi atau lebih selesa dengan panggilan Budi amat disenangi oleh penduduk setempat yang memerlukan semangat orang muda untuk mengubah kerajaan negeri Selangor kembali kepada Barisan Nasional. Antara jawatan dan pencapaian sepanjang terlibat dengan politik adalah, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar. Naib Presiden MAYC Kebangsaan. Aktivis Mahasiswa Pertengahan 90'an. Telah menulis 3 buah buku: Pengucapan Awam, Taman Rohani dan Mesyuarat itu Mudah. Menulis rencana berkaitan isu belia di akhbar-akhbar utama. Penerima anugerah Belia Negara peringkat Negeri Selangor kategori kepimpinan dan mengasaskan Program Komuniti Belia Jom Berubah - program pembangunan diri secara percuma.
Penampilan beliau dalam PRU13 kali ini umpama memberi harapan baru kepada rakyat Selangor khususnya di DUN Sungai Panjang yang memerlukan tenaga segar dari orang muda. Pernah juga menjadi wakil negeri Selangor bagi membawa hasrat rakyat di Perhimpunan Agung UMNO 2012. Calon yang dinanti-nantikan bagi mewakili semangat anak muda diperingkat nasional. Pencabarnya di DUN Sungai Panjang adalah calon dari PAS yang sudah 2 kali berturut-turut kalah kepada calon Barisan Nasional sebelum ini.
Calon yang bakal meremajakan UMNO. Pemuda Harapan Bangsa. Inilah Calon Barisan Nasional.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved