Perodua Body and Paint (B&P) Hub yang kedua telah dibuka secara rasminya di Balakong, Sri Kembangan bagi menyediakan perkhidmatan bagi pelanggan di sekitar bahagian selatan Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, "Matlamat pembukaan hub kedua Perodua ini adalah untuk memudahkan pelanggan untuk membaiki dan memulihkan kenderaan mereka."
"Pembukaan hub ini merupakan pencapaian penting bagi Perodua dan sebagai bukti komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan menyeluruh kepada pelanggan syarikat", jelas Datuk Aminar.

Perodua B&P Hub menawarkan kemudahan khusus bagi pembaikan kenderaan serta perkhidmatan mengecat terutamanya bagi kenderaan yang  Perodua terlibat dalam kemalangan.

B&P baru dilengkapi dengan empat ruang yang membolehkan sehingga 130 unit buah kereta untuk dibaiki sehingga sebulan dan terdapat tiga buah 'ketuhar' yang dapat mengecat hampir 130 kereta sebulan.