Selasa, 6 Ogos 2013

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


Penutupan dua jabatan kerajaan <b>di Sepang</b> timbul spekulasi - Zakri Ali

Posted: 05 Aug 2013 05:30 AM PDT


Penutupan dua jabatan kerajaan persekutuan di Sungai Pelek, Sepang mulai 1 Ogos lalu menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk kerana rakyat kawasan ini mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

Anggota Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dalam kenyataannya memaklumkan, beliau menerima rungutan dari para penduduk  di Sungai Pelek, Sepang bahawa pihak Kerajaan telah memutuskan untuk menutup dua pejabat kerajaan iaitu Jabatan Imigresen Cawangan Sungai Pelek , Sepang dan Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sungai Pelek, Sepang.

Ekoran itu, katanya, para penduduk khususnya di Sungai Pelek dan kawasan-kawasan sekitarnya telah mengadu kepada beliau bahawa dengan penutupan kedua-dua jabatan itu, ianya telah mendatangkan kesusahan yang amat besar kepada para penduduk di situ untuk berurusan dengannya.

Antaranya pembuatan atau pembaharuan passport antarabangsa, isu pendaftaran sijil kelahiran, sijil kematian, isu pendaftaran kad pengenalan dan sebagainya.

Hanipa, AJK PAS Pusat menang kerusi Parlimen Sepang dalam pilihan raya lalu manakala kerusi DUN Sungai Pelek dimenangi calon DAP, Lai Nyok Lan.

"Saya difahamkan penutupan kedua-dua pejabat kerajaan itu dilakukan kerana isu penamatan sewaan," beritahu Hanipa.

Hanipa difahamkan kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyambung perjanjian pelanjutan penyewaan ruang pejabat kedua-dua jabatan berkenaan kerana tiada penyelesaian dapat dicapai berhubung perjanjian baru yang disediakan oleh jabatan-jabatan tersebut dan pihak tuan tanah.

"Saya berpendapat adalah tidak munasabah kedua-dua jabatan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah teknikal dan remeh tersebut hingga mengakibatkan penutupan kedua-dua pejabat berkenaan yang sekaligus mendatangkan kesusahan yang amat besar kepada para penduduk. 

Penutupan ini adalah bertentangan dengan janji Barisan Nasional kononnya rakyat didahulukan.," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Oeh yang demikian beliau memohon pihak kerajaan dapat mengkaji semula keputusan penutupan kedua-dua jabatan tersebut dan seterusnya membuka semula kedua-dua jabatan tersebut di lokasi yang sama bagi memudahkan para penduduk menjalankan urusan dengan kedua-dua jabatan sepertimana  sebelumnya.

Sekiranya permintaan aduan penduduk tidak didengar, beliau berjanji  akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen pada bulan September ini. - 5 Ogos, 2013.

The Malaysia Insider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads