Selasa, 6 Ogos 2013

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di sungai panjang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2013 09:47 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

DUNIA ITU: 3 beradik lemas <b>di Sungai</b> Golok

Posted: 17 Jun 2013 08:04 AM PDT

Sungai Golok tempat tiga beradik yang ditemui lemas ketika mandi di Kampung Rahmat Hilir, Rantau Panjang. Gambara kecil, Norashikin Abd Rahman. Gambar Berita Harian

JENAZAH tiga beradik, Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammmad Shahmi, 6 dan Muhammad Irfan Rahman Aziz, 4, yang ditemui lemas selepas mandi di Sungai Golok, dekat Kampung Rahmat Hilir, Rantau Panjang, tiba di bilik mayat Hospital Pasir Mas. FOTO Syamsi Suhaimi 


PASIR MAS - Seorang ibu kehilangan tiga anaknya selepas mereka ditemui mati lemas ketika sedang mandi-manda di Sungai Golok di Kampung Rahmat Hilir, Rantau Panjang di sini hari ini.
 
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Syahmi, 4, dihanyut arus ketika mandi di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah ibu saudara mereka.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Nasuha Fahd Ahmad Mijar berkata seramai lapan anggota dikejar ke tempat kejadian selepas menerima laporan daripada penduduk kampung, dan mangsa pertama, Muhammad Syahmi ditemui pada 5.20 petang.
 
"Mangsa kedua, Muhammad Irfan Syahmi ditemui pada 5.30 petang dan mangsa ketiga, Muhammad Zulhilmi pada 5.50 petang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
 
Mayat tiga beradik itu kemudian dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk bedah siasat dan dijangka dikebumi pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Abdul Manaf Abdul Rahman, 39, berkata ketika kejadian, beliau berada di kedai berdekatan sebelum anak saudaranya yang lain memaklumkan bahawa ketiga-tiga mangsa hilang ketika mandi sungai.
 
"Saya bersama seorang rakan bergegas ke sungai dan menemui tiga pasang selipar milik ketiga-tiga mangsa. Saya kemudian buat keputusan untuk menyelam bagi mencari ketiga-tiga beradik itu.
 
"Selepas sejam menyelam, saya menemui mangsa pertama di sebuah lubuk di sungai berkenaan dengan kedalaman kira-kira tiga meter, sebelum menemui dua mangsa lain berdekatan kawasan itu," katanya.
 
Abdul Manaf berkata semua mangsa ditinggalkan bersama seorang daripada adik-beradiknya kerana ibu mereka, Nur Asyikin Abdul Rahman, 41, sedang mengikuti bengkel di Tadika Kemas Cempaka Sari, Gual Sintok di sini.
 
Ibu mangsa bagaimanapun enggan ditemu bual kerana masih terkejut dan bersedih dengan kejadian itu. - Bernama

17 Jun 2013

Tiga beradik lemas di Sungai Golok

SEBAHAGIAN ahli keluarga mengangkat jenazah salah seorang kanak-kanak yang ditemui lemas di Sungai Golok, Rantau Panjang semalam.

Sebahagian ahli keluarga mangsa lemas membacakan Yasin pada jenazah tiga beradik, Muhammad Zulhilmi Aziz, Muhammad Syahmi, dan Muhammad Irfan Rahman di Hospital Pasir Mas, Kelantan, semalam.


RANTAU PANJANG 17 Jun - Kebimbangan seorang ibu, Nor Asikin Abdul Rahman, 41, tentang keselamatan tiga anaknya selepas dimaklumkan mereka bermain berhampiran Sungai Golok terjawab apabila tiga beradik itu ditemui mati lemas hari ini.

Mayat ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Rahmat, Muhammad Zulhilmi Aziz, 7; Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Rahman, 4, ditemui penduduk kampung antara pukul 5.20 hingga 5.50 petang ini.

Nor Asikin ketika ditemui di rumahnya di sini berkata, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas Kampung Rahmat menghadiri satu bengkel di kampung bersebelahan.

Dia kemudian menerima panggilan daripada rakan memaklumkan anaknya sedang bermain berhampiran sungai dan memintanya pulang segera.

"Saya meninggalkan ketiga-tiga mereka di rumah kakak berhampiran rumah saya. Rakan menelefon saya memaklumkan tiga anak saya itu bermain berhampiran sungai dan meminta saya segera balik. Ketika sampai di rumah, penduduk kampung sedang mencari anak-anak saya yang dikhuatiri lemas.

"Saya segera menunaikan solat asar dan berdoa agar semua anak saya ditemui," katanya.

Menurut Nor Asikin, kehilangan tiga beradik itu cukup menyedihkan kerana semua anaknya itu hasil perkahwinan dengan arwah suaminya yang meninggal dunia pada tahun 2010 akibat barah usus.

Dia bagaimanapun mempunyai dua lagi anak selepas berkahwin lain dua tahun lalu.

Sementara itu, kakak ipar Nor Asikin, Nor Azizan Hassan, 41, berkata, ketiga-tiga mangsa dipercayai bermain di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka pada pukul 4 petang ini.

Menurutnya, selepas mengetahui aktiviti tiga beradik itu, dia bersama beberapa penduduk segera pergi ke sungai untuk membawa mereka pulang namun kesemua mereka hilang cuma yang ditemukan hanya selipar di tebing sungai.

"Penduduk kampung segera menelefon bomba. Ada yang terjun ke dalam sungai untuk mencari mangsa sementara menunggu pasukan penyelamat tiba," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nasuhafahd Ahmad Mijar berkata, mayat Muhammad Syahmi ditemui penduduk kampung pada pukul 5.20 petang diikuti Muhammad Irfan Rahman dan Muhammad Zulhilmi masing-masing ditemui pukul 5.30 petang dan 5.50 petang dan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Jenazah tiga beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat pagi esok.

Utusan 18 Jun 2013

Pilu panggilan 'abang'

NOR Asikin kiri) mengucup jenazah anak-anaknya.


Pasir Mas: Adik tiri kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Golok kelmarin, tiba-tiba memanggil abangnya walaupun baru pandai bercakap beberapa perkataan sehingga menimbulkan suasana pilu, malam kelmarin.

Guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Nor Asikin Abdul Rahman, 41, berkata anak sulungnya daripada dua beradik, Muhammad Syafaat Abdul Ghafar yang baru berusia setahun hasil perkahwinan kedua dengan Abdul Ghafar Musa, 51, tiba-tiba menyebut perkataan abang seolah-olah memanggil ketiga-tiga abangnya itu.

"Syafaat baru pandai bercakap dan dia menyebut perkataan abang malam tadi," katanya pilu ketika ditemui selepas majlis pengebumian ketiga-tiga anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat, Rantau Panjang, di sini, semalam.

Jenazah Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi,6, dan Muhammad Irfan Rahman, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 11.10 pagi, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan tiga beradik itu lemas ketika mandi di Sungai Golok berhampiran rumah mereka di Kampung Rahmat Hilir, kira-kira jam 4 petang.

myMetro 19 Jun 2013

Tiada lagi nyanyian lantang

RANTAU PANJANG – "Tiada lagi suara lantang akan kedengaran ketika menyanyikan lagu Negaraku selepas ini," kata Dzukiman Yusoff, guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Rahmat, semalam.

Kematian Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, yang lemas di Sungai Golok, berhampiran Kampung Rahmat benar-benar dirasai kerana suaranya sering mendahului rakan lain setiap kali perhimpunan pagi.

Suara lantang atasi rakan

Dzukiman berkata, kelantangan suara arwah menyebabkan guru-guru mengenalinya, walaupun tidak mengajarnya.

Menurutnya, arwah seorang pemalu, tetapi agak yakin setiap kali menyanyikan lagu kebangsaan.

"Arwah tidak kisah walaupun dia silap menyanyi, dia tetap akan meneruskan nyanyiannya.

"Suaranya sering kali mengatasi suara murid lain, setiap kali menyanyi," katanya ketika ditemui di sekolah itu tengah hari semalam.

Perkara ini turut diakui guru besar sekolah itu, Korma Bakar yang turut mengenali arwah kerana kelantangan suara ketika menyanyikan lagu Negaraku.

Suka bercerita kisah adik

Sementara itu, Sinar Harian sempat merakamkan keadaan di bilik darjahnya.

Tempatnya yang bersebelahan tempat duduk sepupunya, di belakang kelas kosong.

Guru kelasnya, Norma Ismail menyifatkan arwah murid pendiam dan tidak akan melawan jika rakan-rakan mengusiknya, sebaliknya akan memaklumkan kepadanya.

Sungguhpun begitu katanya, arwah suka bercerita tentang dua adiknya yang turut lemas bersamanya, kerana suka bermain dengan buku-bukunya.

Katanya, kali terakhir dia menemui arwah ialah ketika kelas jam 10.45 pagi hingga 1.15 petang kelmarin.

"Ketika itu arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, cuma dia mengadu sepupunya marah dan tidak mahu masuk ke kelas, selepas dipujuk, dia masuk belajar seperti biasa.

"Arwah tergolong dalam kelompok pelajar yang boleh membaca dan agak manja," katanya yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains untuk tahun satu sekolah itu.

Tabung bantu ibu mangsa

Sementara itu, Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Mas, Che Nordin, Korma dan kakitangan Kemas turut menziarahi keluarga mangsa.

Penyelia Kanan Kemas Rantau Panjang, Mukhtar Mustapa bersama Pengarah Operasi II, Kemas Kelantan, Rokhzaidi Othman menyampaikan sumbangan RM500 kepada ibu arwah, Norashikin Abd Rahman, 41.

Mukhtar berkata, Kemas Rantau Panjang mewujudkan tabung membantu keluarga Norashikin dengan mengutip derma kakitangan jabatan itu di seluruh Kelantan dan menasihatkan ibu mangsa supaya bersabar dengan ujian itu.

"Saya berharap ibu arwah tidak memikirkan soal kerja sebaliknya menumpukan kepada keluarga terlebih dahulu," katanya.

Kelmarin, Muhammad Zulhilmi ditemui lemas bersama dua adiknya, Muhamad Syahmi Aziz, 6, dan Muhamad Irfan Rahman Aziz, 4, oleh penduduk dan juga Pasukan Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.

Jenazah ketiga-tiga beradik itu dikebumikan sekitar jam 11.10 pagi semalam dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat.

Sinar Harian 19 Jun 2013

JOM KENALI CALON BN N.03 <b>SUNGAI PANJANG</b>, BUDIMAN <b>...</b>

Posted: 28 Apr 2013 11:17 PM PDT

Calon Barisan Nasional (BN) yang bakal mewakili masyarakat 1Malaysia di DUN Sungai Panjang (N.03), adalah anak watan Sungai Besar sendiri. Calon dimaksudkan adalah Budiman Mohd Zohdi, dilahirkan pada 11 Mac 1972 di Kg. Sungai Limau, Sg. Besar, Selangor. 

Calon ini telah mendapatkan pendidikan awalnya di Sekolah Sri Makmur, Sg. Besar. Beliau meneruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Sungai Besar.

Sejak kecil dan awal remaja lagi, calon ini telah menunjukkan bakat kepimpinan di mana beliau banyak melibatkan diri dalam pertandingan pidato dan syarahan sewaktu di alam persekolahan lagi.

Setelah tamat alam persekolahan, beliau berpeluang menuntut di luar Selangor, iaitu ke Politeknik Kota Bharu dalam jurusan pemasaran. Di sini bakat kepimpinannya digilap lagi, iaitu ketika memimpin gerakan mahasiswa di politeknik dan universiti tempatan dari tahun 1992 sehingga 1997.

Disebabkan keinginan dan dahagakan ilmu, beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Ketika di UKM, beliau telah dilantik menjadi Presiden Kolej Kediaman, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan memimpin gerakan mahasiswa - Tindakan Mahasiswa Bersatu pada tahun 1997.

Tahun 2003, menyaksikan calon kelahiran Sungai Besar ini menggulung Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).


UNDILAH CALON BARISAN NASIONAL N.03, BUDIMAN MOHD ZOHDI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads