ads

Sabtu, 7 September 2013

12 di kelana jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kelana jaya - Google Blog Search


Kereta Remuk Dihempap Kren <b>Di Petaling Jaya</b>

Posted: 17 Aug 2013 08:42 PM PDT

Pic: ABN NewsPic: ABN NewsKUALA LUMPUR: Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit dekat sini semalam, remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

"Kita difahamkan oleh syarikat yang bertanggungjawab, bahawa 'handle' kren tersebut bengkok sebelum ia menghempap bumbung kereta itu yang remuk 90 peratus," katanya kepada pemberita.

Sani berkata bomba menerima panggilan pukul 6.17 petang sebelum sebuah jentera dengan enam anggota tiba 30 minit kemudian.

Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) dalam kenyataan, berkata kren berkenaan dimiliki satu daripada kontraktor yang terbabit dalam Projek Penyambungan Laluan LRT (LEP) bagi laluan Kelana Jaya.

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata Prasarana telah melancarkan siasatan berhubung kejadian dan akan menyerahkan laporan kepada Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia sebaik siasatan selesai.

"Prasarana telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta kepada kontraktor utama, TRC. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi mempermudahkan siasatan," katanya.

- Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved