12 di kelana jaya - Google Blog Search |
Ibnu Hasyim: Sekolah Bawah Pokok <b>Di Kelana Jaya</b>, Apa Dah Jadi? Posted: 02 Jan 2014 11:17 PM PST ![]() Kira-kira 20 pelajar SJK Tamil Seaport, Kelana Jaya bakal menghabiskan tahun persekolahan ini berada di bawah pokok di sebuah tanah lapang. Ini ekoran ibu bapa mereka mahu sekolah yang ditutup secara tiba-tiba bulan lalu itu dibuka semula. Ibu bapa enggan menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berpindah dari sekolah yang berusia 80 tahun itu ke blok baru sekolah di Kampung Lindungan, Subang kerana terlalu jauh dan menyukarkan perjalanan ke sekolah.
Menurut Kumar, peningkatan kos hidup menyebabkan ramai ibu bapa yang mempunyai pendapatan kecil tidak mampu membiayai perjalanan 9km setiap hari untuk menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah baru. Ibu bapa terbabit turut menyuarakan kesulitan mendapatkan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak mereka ke sekolah baru.
Ibu bapa yang tidak berpuas hati ini telah menentang pemindahan sekolah ini selama beberapa tahun dan mahu kerajaan negeri Selangor campur tangan bagi memastikan tapak sekolah itu kekal. Bangunan sekolah lama telah dikunci oleh guru besarnya, menyebabkan ibu bapa hanya mampu meninggalkan anak mereka di beberapa bangku plastik di tanah lapang bersebelahan kawasan sekolah, tanpa guru untuk mendidik mereka. (MK) IKLAN |
You are subscribed to email updates from di kelana jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan