ads

Rabu, 15 Januari 2014

12 di selayang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


40 peniaga <b>di</b> pasar borong KL dan <b>Selayang</b> dikompaun <b>...</b>

Posted: 10 Jan 2014 05:08 PM PST

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kuala Lumpur mengeluarkan kompaun terhadap 40 peniaga di pasar borong Kuala Lumpur (KL) dan pasar harian Selayang dalam Ops Harga yang dilakukan dari jam 4 pagi hingga 8 pagi semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya Rosli Ahmad berkata kesemua peniaga melakukan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 serta Akta kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Seramai 25 peniaga telah dikenakan kompaun antara RM100 hingga RM300 di pasar borong KL membabitkan nilai kompaun sebanyak RM6,300 dan 15 lagi peniaga di pasar harian Selayang melibatkan nilai kompaun sebanyak RM1,400," katanya kepada pemberita pada pemeriksaan terhadap peniaga di pasar harian Selayang di sini semalam.

"Peniaga ini telah melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak menentusahkan (memperbaharui) semula lesen alat timbangan dan tidak mempamerkan tanda harga terhadap barangan jualan," katanya.

Rosli berkata sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut hujung bulan ini, PPDNKK akan menjalankan pemeriksaan dengan lebih kerap bagi memastikan peniaga di sini mematuhi peraturan yang ditetapkan.

"Jika pengguna ingin membuat aduan boleh menghubungi PPDNKK di talian 03-40454555 atau talian bebas tol 1 800 88 6800," katanya.

Seramai 20 pegawai PPDNKK diketuai Rosli terlibat dalam menjayakan Ops Harga bermula jam 4 pagi di pasar borong KL dan berakhir di pasar harian Selayang.

Lebih 700 peniaga di kedua-dua pasar terbabit diperiksa dalam Ops Harga yang berlangsung selama empat jam itu. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved