ads

Rabu, 15 Januari 2014

12 di sungai buloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri 3 Beranak Maut Kereta Langgar Treler <b>di Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 30 Dec 2013 06:42 PM PST

SUNGAI BULOH: Gara-gara mengantuk, tiga sekeluarga termasuk seorang remaja berusia 17 tahun maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki melanggar belakang sebuah treler sebelum terbabas ke tengah jalan dan dilanggar sebuah kereta pacuan empat roda dalam kejadian di kilometer 451.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kuala Lumpur berdekatan Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu Norhairy Ahmad, 42, bersama isterinya, Rohayati Oman, 42, dan anak pasangan itu Adibah Norkhairy, 17.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, kereta Proton Wira itu dengan tiba-tiba melanggar belakang sebuah treler dan terbabas ke tengah jalan.

Menurutnya, sebuah kereta pacuan empat roda pula yang gagal mengelak kereta berkenaan melanggar Proton Wira itu dari arah belakang.

"Akibat perlanggaran itu, isteri mangsa dan anaknya meninggal dunia di lokasi kejadian menakala pemandu kereta itu yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh namun meninggal dunia di hospital.

"Pemandu kereta pacuan empat roda itu turut mengalami kecederaan ringan," Katanya. Harian Metro

1

2

3

4

Info:

3 Kenderaan terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka. Laluan tersebut digelar oleh penduduk tempatan sebagai laluan maut.

-Sebuah kereta Proton Wira WLV 3120, dinaiki tiga mangsa.

-Sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki 44 tahun

-Sebuah Treler

Sumber

 


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved