ads

Jumaat, 10 Januari 2014

12 di tanjung karang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di tanjung karang - Google Blog Search


Penduduk Berhimpun Bantah Pembinaan Gereja <b>di Tanjung Karang</b>

Posted: 10 Jan 2014 10:00 AM PST

TANJUNG KARANG 9 Jan - Kira-kira 200 penduduk di sini berhimpun secara aman bagi membantah pembinaan Gereja Methodist di Lot 178 Taman Tanjung Karang.
Pengerusi Ketua Jawatankuasa Penduduk (JKKP) Kampung Sg Tengi Kiri, Johari Md. Nooh berkata, umat Islam di kawasan tersebut mempunyai hak untuk menentang pembinaan gereja tersebut.

"Setelah 15 tahun kami mempertahankan kampung ini.Mereka tidak memberi sebarang maklumat mengenai pembinaan gereja ini.

"Kami menentang pembinaan ini kerana majoriti penduduk di kawasan ini merupakan umat Islam dan hanya 1 atau 2 peratus sahaja yang beragama Kristian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pembinaan hari ini.

Tambahnya,permohonan membina gereja ini diluluskan sejak parti pembangkang mengambilalih tampuk pimpinan negeri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

"Dulu kita pertahankan supaya gereja ini tidak dibina,tapi selepas tukar pemerintahan,mereka buat apa yang mereka suka tanpa berbincang terlebih dahulu.

"Kita,penduduk kampung yang rasa kesannya.Kalau nak buat (bina gereja),buatlah di kawasan mereka...bukan ditempat kita," katanya.

Johari turut berharap agar umat Islam menilai sendiri keadaan yang berlaku kini kerana tindakan pihak yang memberikan kelulusan pembinaan gereja ini seolah-olah mencabar masyarakat Islam.

Sementara itu,memorandum bantahan pembinaan gereja turut diserahkan kepada Majlid Daerah Kuala Selangor, Azahari Sairin dan diterima oleh Setiausaha MDKS bagi pihak YDP MDKS,Noraini Roslan.

Azahari berkata, pihaknya akan meneliti memorandum yang diserahkan oleh wakil penduduk kampung kepada pihaknya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved