Jumaat, 14 Februari 2014

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual <b>Di</b> Hulu <b>Langat</b> & <b>Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 08:03 PM PST

KUALA LUMPUR -- Sebanyak 36 kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat dijangka mengalami gangguan bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air (LRA) di Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi sejak Selasa lepas ekoran pencemaran ammonia di Sungai Langat.

Gambar hiasan

Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), penutupan kedua-dua loji itu akan menyebabkan pembekalan air dikurangkan kepada 56 juta liter sehari sahaja kepada kawasan yang terjejas.

Syabas bagaimanapun akan menyediakan lori-lori tangki dan tangki statik sementara sekiranya diperlukan.

Syabas juga menggalakkan penduduk di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjimatkan penggunaan air untuk membolehkan bekalan air berlebihan disalurkan ke kawasan terjejas.

Antara kawasan yang terjejas ialah Taman Setia, Desa Karunmas, Cheras Jaya, Taman Bukit Emas, Taman Impian Indah, Taman Sejati, Taman Bukit Sungai Long, Taman Taming Indah, Industri Cheras Jaya, Taman Sri Indah, Taman Impian Ehsan, Taman Kasturi, Kampung Baru Cina Balakong, Taman Sri Sungai Long, Rumah Kenangan Cheras dan Pekan Batu 11.

Kawasan yang turut terbabit ialah Kampung Olak Lempit, Kampung Bukit Changgang, Kampung Labihan Dagang, Taman Changgang Jaya, Kompleks Perabut Olak Lempit, Bukit Changgang, Bandar Seri Ehsan, Bandar Mahkota, Bandar Sungai Emas, Taman Arked, Taman Sri Dagang, Taman Ambar, Taman Langat Murni, Taman Langat Utama, Taman Murnimas, Taman Sri, Taman Sri Cheding, Sekolah Tamil Sungai Sedu dan Selangor Dredging.

Syabas dalam kenyataan itu berkata ia dimaklumkan bahawa isu pencemaran itu telah dimaklumkan kepada Lembaga Urus Air Selangor (Luas) selaku pihak berkuasa kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap sumber air mentah di negeri itu.

"Pada masa ini, Syabas belum dapat memastikan bila masalah ini dapat diatasi bagi membolehkan LRA tersebut beroperasi semula dan sedang menunggu tindakan dari pihak Luas bilakah masalah pencemaran sungai boleh diselesaikan," menurut kenyataan itu lagi. - BERNAMA 

krisis air <b>kuala langat</b> dan kes pkns - abdullah sani <b>...</b> - Blogger

Posted: 08 Feb 2014 06:31 PM PST



OLAK LEMPIT, Ahad 8Rabiulakhir 1435 -  Semalam Penulis banyak terjumpa sepanjang jalan ke Bukit Changgang BERSERAKAN dengan tong-tong air pelbagai warna berlonggokan di tepi jalan dan ke adaan yang sama juga berlaku di Kampung Olak Lempit dan dalam Fb semalam penulis jelas katakan tentang ketiadaan air di Kuala Langat. Hari ini penulis muatnaikan "KRISIS AIR KUALA LANGAT - APA TINDAKAN ABDULLAH SANI? dalam blog ini untuk mereka berlaku JUJUR dalam pentadbiran bukannya "MEMBELASAH" orang terdahulu. KRISIS AIR KUALA LANGAT ADALAH SATU KEGAGALAN KERAJAAN SELANGOR.
AKU RAKYAT MARHAIN - Aku bukan orang POLITIK, tapi Aku tahu tentang Politik, Kuasa dan Duit. Aku juga tahu tentang KEIHLASAN dan KEIMANAN. Masalah air ni masalah SEMUA...dari Sultan, PM, KETUA PEMBANGKANG, MB dan RAKYAT. Nak tanya KENAPA YANG DUK HALANG SANGAT TAK BAGI BUAT LANGAT DUA?. Keadaan BEKALAN AIR BERSIH di Selangor ni dalam keadaan KRITIKAL. Air ada....tapi CUKUP-CUKUP dengan "PERUMAHAN YANG ADA"(2012), ini bererti tiada "BEKALAN AIR BERSIH SIMPANAN" dan BAGAIMANA dengan PERUMAHAN yang di bena selepas TAHUN 2013? Ni nak beri tahu seluruh rakyat Malaysia, Dah 3 hari BERATUS RIBU ORANG di KUALA LANGAT dan beberapa daerah di Selangor yang TIADA BEKALAN AIR....saya ulangi TIADA BEKALAN AIR. Berapa banyak yang tak MANDI WAJIB dalam 3 hari ni.......Jika dah BENGONG sangat jangan duk tunjuk PANDAI dan jadi PEMERINTAH.
Like ·
Di atas adalah masalah air, bagaimana pula dengan kisah "PEMECATAN PEGAWAI PKNS?". Kegagalan demi kegagalan semakin nyata dan ia berlarutan dengan pelbagai KRISIS di dalam KERAJAAN sendiri. Mangsanya adalah rakyat. Semua kejadian ini adalah kerana tiada ke Ikhlasan dari pemerintahnya. Jom lihat apa yang berlau ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads