ads

Jumaat, 14 Februari 2014

12 di selayang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di selayang - Google Blog Search


Bengkel Terbakar <b>Di Selayang</b>, 77 Kereta Hangus - Cerita Semasa

Posted: 20 Jan 2014 09:16 AM PST

Sekurang-kurangnya 77 kereta hangus manakala 25 lagi dapat diselamatkan dalam kebakaran sebuah bengkel di Batu 8, Selayang, di sini, kira-kira 8 malam tadi.

Bengkel Terbakar Di Selayang, 77 Kereta Hangus
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran berkenaan pada 8.08 malam.

"Dua belas anggota diperkuatkan dengan dua jentera dari Balai Bomba Selayang dan Balai Bomba Gombak bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita tiba di lokasi kebakaran lima minit kemudian sebelum usaha memadam kebakaran berkenaan dilakukan," katanya.

Menurutnya, pihaknya mengambil hampir sejam bagi mengawal kebakaran berkenaan.

"Siasatan awal mendapati 77 kereta hangus manakala 25 lagi dapat diselamatkan. Tiada kecederaan dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Menurutnya lagi, dalam kejadian itu sebanyak tujuh buah kereta yang ditinggalkan berhampiran berjaya diselamatkan oleh anggota bomba daripada turut musnah terbakar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved