ads

Isnin, 10 Februari 2014

di negeri selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri selangor - Google Blog Search


mohon baca: kepada semua yang mencari rezeki <b>di negeri selangor</b> <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2014 06:12 PM PST

Negeri Selangor ini negeri yang ada ramai orang yang dilahirkan dari negeri lain (malahan negara lain) yang menjadi residen dan mencari rezeki di sini.
Untuk merealisasikan negeri Selangor ini negeri yang sempurna (Darul Ehsan), maka semua penduduknya wajar bekerjasama menjadikan ia sempurna.
Ia bukan tugas MB, Exco, ADUN dan penjawat awam sahaja. Ia termasuk syarikat-syarikat, NGO-NGO, ahli politik BN, PAS, PKR, DAP dan PSM serta seluruh penduduk (sama ada tetap atau tidak tetap) di negeri Selangor Darul Ehsan ini.

Kononnya kita mengamalkan demokrasi. Kerana demokrasi juga wujud perbezaan pendapat dan kebebasan bersuara. Tetapi suara perbezaan dan kebebasan ini tidak bermaksud menghalalkan fitnah atau kebenaran membuat hukum-hakam sendiri:


Khir Toyo sudah mohon maaf di atas fitnahnya, tetapi NGO yang mengaku Islam masih terus mahu memanjangkan dosa Khir Toyo apabila mengaitkan Teresa dengan kes azan sembahyang yang telah selesai:
Bukan macai BN saja yang banyak songel di Selangor Darul Ehsan. PAS dan PKR dilihat seperti sedang berebut jawatan MB Selangor Darul Ehsan. Masing-masing buat kenyataan yang damaging kepada kesepakatan dalam parti - bukan hanya antara parti.

Pemimpin PKR dan pemimpin PAS patut malu pada diri sendiri. Komer berada di persada itu kerana rakyat membuat pilihan demi Pakatan Rakyat. 

Bukan sebab komer tu hebat sangat!
Oleh kerana pemimpin-pemimpin (politik dan NGO) itu beragama Islam, jom kita ingat balik apa maksud ehsan itu.
Ehsan menggambarkan seseorang yang meningkatkan amalan ibadatnya secara berterusan. Jika dia bekerja dia sentiasa meningkatkan kualiti hasil perkerjaannya.

Firman Allah SWT:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya" [surah al-Mulk : 2].
Maknanya, apa yang penting bukannya banyak mana buat ceramah (yang berbayar), bukan banyak mana pegang jawatan, GLC...bagai (juga berbayar), tetapi ialah kualiti hasil pekerjaan itu. 
Yong tak mahu sentuh bab kualiti amalan komer mengikut sunnah Nabi (SAW) kerana yang menghakimi kualiti amalan itu hanya Allah (SWT) sahaja. Kita hanya dapat melihat yang explicit  (nampak dengan jelas) sahaja.
Yang explicit itulah yang dinilai oleh rakyat dari segi kualitinya.
Rakyat Selangor ternyata sudah menolak BN kerana muak dengan politik lucah dan perkauman yang nampak dengan jelas itu. 
Penolakan rakyat itu mewujudkan ruang dan peluang untuk Pakatan Rakyat mentadbir Selangor Darul Ehsan.
Tetapi, bagaimanakah kita hendak melestarikan kesempurnaan Selangor Darul Ehsan ini jika dalam Pakatan Rakyat pun asyik bercakaran sama sendiri kerana kepentingan individu?

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved