ads

Ahad, 30 Mac 2014

12 di batu caves - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di batu caves - Google Blog Search


1,000 anggota polis bertugas <b>di Batu Caves</b> sempena Thaipusam <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 05:51 PM PST

polis diraja malaysia
KUALA LUMPUR, 12 Jan – Kira-kira 1,000 anggota polis ditugaskan mengawal keselamatan orang ramai sempena sambutan Thaipusam di Batu Caves, Selangor mulai Selasa ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Shukri Dahlan berkata polis akan melakukan rondaan dan pemantauan bagi mengelak kejadian seperti pecah kereta, samun, pergaduhan dan ragut sepanjang sambutan itu sehingga Ahad ini.

Beliau memberitahu Bernama, Thaipusam yang disambut pada Jumaat membolehkan warga Wilayah Persekutuan dan Selangor bercuti panjang.

"Pasti ramai yang akan mengunjungi Batu Caves termasuk pelancong asing," katanya.

Selain itu, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Udara Polis juga akan digerakkan bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin.

Shukri menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi peraturan  ditetapkan polis ketika sambutan itu termasuk tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan atau demonstrasi. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved