Jumaat, 4 April 2014

12 di rawang - Google Blog Search

12 di rawang - Google Blog Search


MahSing Tawar Rumah Mampu Milik <b>di</b> Bangi <b>...</b> - Berita Semasa

Posted: 01 Apr 2014 08:55 PM PDT

rumah mampu milik

MahSing Tawar Rumah Mampu Milik di Bangi, Iskandar Malaysia, Cyberjaya, Rawang Kepada Anda RM500,000 Ke Bawah : Hebat…hebat cara pemaju hartanah bernama besar menjual hartanah kepada anda semua rakyat Malaysia.

Kali ini Berita Semasa ingin kongsikan satu laporan berita yang berkaitan penjualan hartanah oleh antara pemaju hartanah tersohor di Malaysia Mah Sing Group Bhd. Apa kata mereka?

  1. Mah Sing Group Bhd mengatakan 45% daripada pelancaran kediaman yang disasarnya pada tahun 2014 ini terdiri daripada produk rumah mampu milik segmen pasaran besar-besaran yang berharga RM500,000 ke bawah
  2. Tawaran projek perumahan mampu milik oleh MahSing Group Berhad pada tahun 2014 ini ialah Savanna Executive Suites di Southville City, yang terdiri terutamanya pangsapuri berperkhidmatan dengan tiga bilik berkeluasan 956 kaki persegi dengan harga daripada RM318,000 seunit.
  3. Southville City ialah projek bandar baharu pegangan bebas yang terletak di Bangi.
  4. Projek M-Residence syarikat di Rawang menawarkan kebanyakannya rumah berbandung yang berharga daripada RM400,000 seunit.
  5. Projek Garden Plaza di Cyberjaya menawarkan suit gaya hidup dua hingga empat bilik tidur berharga daripada RM 300,800, jenis berkelengkapan penuh dan pembeli boleh berpindah pada 2015.
  6. Di Johor Baharu, beliau berkata Mah Sing memiliki projek rumah mampu milik di Iskandar Malaysia, Meridin BayVue, pangsapuri berperkhidmatan tiga bilik dengan keluasan 980 kaki persegi berharga RM288,000 dan dijangka dipamerkan kepada umum pada separuh kedua tahun 2014 ini

Nama begitu memainkan peranan menaikkan harga hartanah di Malaysia. Letak nama ala-ala urban sikit contohnya Southville city bagi menarik perhatian orang ramai untuk beli hartanah mereka.

  • Southville city tidak ada kaitan pun dengan Bangi
  • Ville bermaksud bandar dalam bahas Peranchis. Kemudian ditambah lagi perkataan city? Ermm….
  • 956 sq feet = RM 318 K rumah mampu milik???
  • 2 bilik tidur = RM 300,800 di Cyberjaya?

P/S : Berita Semasa tidak pasti, dengan lokasi hartanah di Southville City contohnya ditambah dengan harga yang ditawarkan kepada orang ramai adakah benar-benar mampu milik atau mampu tengok sebenarnya? Respon anda?

PP/S : Inilah realiti nilai hartanah di Malaysia, semakin hari untuk nilai harga hartanah sekitar RM300,000 hanya dapat tinggal di rumah yang bersaiz lebih kurang rumah flat sahaja.


KLIK Butang LIKE & SHARE Berita Ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads