ads

Jumaat, 16 Mei 2014

12 di bangi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Farrel Steak House <b>Di Bangi</b> Gateway - Mia Liana

Posted: 15 Mar 2014 07:59 AM PDT

Isnin lepas semasa perjalanan balik ke Johor dari Kuala Lumpur, Mia dan Suami Mia singgah makan tengahari di Farrel Steak House di Bangi Gateway. Keluar tol Bangi, nampak bulatan... memang nampaklah Bangi Gateway. Senang nak cari.
Kebetulan pula, kawan sekolah Mia, Dr. Masrynnawati pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pun join sama. Memang best sangat dapat jumpa dia. Sejak tamat persekolahan belum pernah jumpa dia lagi.
Farrel Steak House ini sebenarnya baru dibuka pada 1 Mac 2014 dan dimiliki oleh kawan blogger lama Mia, Zulfakar.

Dengan Zulfakar di depan Farrel Steak House.
Suami Mia dengan Zulfakar dan isterinya.


Air durian belanda, asam boi dan nescafe ais.


Farrel Special Combo (Lamb Chop)
Chicken Cordon Bleu (Chicken chop dengan sos istimewa)


Habis licin makan semuanya.
Memang sedap... sedap dan sangat sedap makan western food kat sini. Tempat makan yang best. Harganya murah setanding dengan rasanya yang ummmpphhh dan power ni. Senang-senang jemputlah singgah sini untuk menjamu selera.
Oh ya! Ada informasi yang ingin dikongsikan oleh Farrel Steak House ini. Menarik sangat ni...
TM akan menaja lintas langsung perlawanan arsenal menentang chelsea di saluran Astro Supersport HD pada hari Sabtu 22 Mac 2014 dengan memasang skrin gergasi setinggi 15 meter di Farrel Steak House jam 8:45 malam. Ada juga aktiviti seperti score goal terbanyak, masa terbaik dan banyak lagi di hadapan Farrel Sreak House pada petang itu dan hadiah juga ditaja oleh TM.
TM juga menjemput artis undangan seperti KAKA Zainal dan pemain bola sepak negara Wan Zack Haikal untuk memeriahkan lagi program di Farrel Steak House pada hari tersebut.
Pengunjung terawal juga berpeluang mendapat voucher makanan yang disediakan oleh TM dan boleh ditebus serta-merta pada malam itu juga dengan menu seperti steak, pasta atau apa sahaja di Farrel Steak House. Wahhh... bestnya.... 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved