Jumaat, 16 Mei 2014

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


8 Remaja Lemas <b>Di Sungai Buloh</b> Kasap - Blog Santai - Blogger

Posted: 21 Feb 2014 03:59 PM PST

8 Remaja Lemas Di Sungai Buloh Kasap


Takziah diucapkan kepada 8 keluarga remaja yang dikhuatiri mati lemas di Sungai Buloh Kasap, Segamat pagi semalam. Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu. Mererka dikatakan keluar berjoging di tepi sungai tersebut sebelum mengambil keputusan untuk bermandi manda.
Kejadian semalam, dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja itu menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu. Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai mati lemas. 

Ibu Bapa Mangsa Membaca Yasin Di Tepi Sungai

Tiga mayat Remaja Mati lemas Telah Di Temui

Sehingga semalam, tiga mayat remaja tersebut,  Mohd Hafizul Danial Norhashim, 16, Mohd Zikri Zaidi, 14, dan Nazirul Aminuddin Zamri, 15 telah ditemui. Ketiga-tiga remaja itu tinggal di Taman Mewah dan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Buloh Kasap. Lima yang masih hilang dan dikhuatiri lemas dikenali sebagai Mohd Shafiq Mohd Syukur, 16, Mohd Hafizuddin Kamal, 16, Mohd Zaki Zaidi, 16, Mohd Izuan Hakimi, 16, dan Mohd Nazreen Zainal, 14. 

p/s: Semoga urusan mencari lima lagi mangsa dipermudahkan. Al-Fatihah untuk semua mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads