Khamis, 22 Mei 2014

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Gara-gara kalah <b>di Kajang</b>, Blogger UMNO &#39;belasah&#39; jentera BN..

Posted: 23 Mar 2014 09:58 PM PDT


Semalam, calon PKR Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1445 undi.

Dua daripada empat kawasan Melayu iaitu Sungai Sekamat dan Taman Delima berjaya dimenangi calon PKR, manakala majoriti kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Kantan dan Batu 10 Cheras berjaya dikurangkan.

Dalam PRU13, calon PKR, Lee mendapat 57.99% undi iaitu 19,571 undi daripada 33,749 undi yang dibuang semasa pilihan raya itu. Dalam PRK kali ini, Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Peratusan keluar mengundi hanya 72% kali ini, jatuh 16% berbanding 88% pada PRU13 lalu. Chew mendakwa, beliau berjaya menaikkan peratusan undi Cina daripada 18% dalam PRU13 kepada 24.8% dalam PRK kali ini.

Namun begitu calon Dr Wan Azizah berjaya meningkatkan undinya di kawasan Melayu di samping kawasan pengundi muda.

Dalam PRU13 lalu, calon BN menang 420 undi di Sungai Kantan namun kali ini hanya menang dengan majoriti 225 sahaja.

Di Sungai Sekamat dan Taman Delima, dua lagi daerah mengundi majoriti Melayu, PKR berjaya memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu Umno itu.

Di Sungai Sekamat, PKR menang 45 undi berbanding kalah 239 undi dalam PRU13 lalu. Di Taman Delima pula, PKR menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.

Di Batu 10 Cheras, majoriti BN berjaya dikurangkan kepada 151 undi sahaja.

Berikut adalah satu analisa oleh Blogger Pro UMNO yang mendedahkan mengapa Calon BN kalah dalam PRK Kajang ini...


..... Pertama sekali gua nak ucapkan tahniah kepada Wan Azizah kerana menang di Kajang walaupun sekadar calon bidan terjun selepas Bang Non didapati bersalah. Kira ok lah kan menang dengan majoriti 5 ribu lebih dengan umpan simpati..

Serius gua cakap.., pemimpin BN kena belajar merayu simpati serta politik muka kesian yang dipelopori oleh puak-puak Pembangkang ni.. Terbukti berkesan beb walaupun ramai yang dok kutuk..

Cuba belajar dari apa yang jadi di Kajang.. Wan Azizah cuma guna modal kempen "bebaskan Anwar walaupun dia liwat..", "Anwar insan suci yang dizalimi.." serta "Kerajaan Malaysia tangkap suami saya tanpa menghiraukan perasaan saya.."

Tanpa sebarang janji besar.., tanpa susah payah labur duit banyak dan tanpa perlu berzumba-zumba..., Wan Azizah dapat sokongan masyarakat Kajang yang terdiri dari berbilang bangsa/kaum..

Dan kenapa BN kalah walaupun ada jentera yang lengkap..., dibantu oleh segala agensi kerajaan.., serta mempunyai prasarana dan kelengkapan alatan terkini? Kerana kebanyakan pemimpin serta penyokong BN rasa terover best dan rasa pilihanraya kecil ni tempat cari untung beb..

Gua disini cuma nak fokus faktor kekalahan BN di Kajang menerusi skop media baru je... Dari skop lain gua taknak campur sebab gua cuma blogger level bawahan.., bukan blogger top ranking Alexa..

Ikhlas gua cakap.., ramai yang pergi ke Kajang tu bukan nak promosi calon BN yang bertanding, tetapi dorang hanya pergi nak promosi "pay master" dorang ataupun pemimpin pilihan dorang je beb.. Pasal tu lah calon BN kali ni agak tenggelam dari segi promosi di media maya..

Dan kebanyakan jentera BN yang pergi ke Kajang sepanjang tempoh kempen, hanya suka-suka bersantai berzumba-zumba dan melayan sate diwaktu malam.. Tak ada promosi pasal ceramah untuk lawan Pakatan dan tak ada gerak kerja tersusun walaupun jumlah jentera BN ni ramai...

Anwar dan geng-geng Pakatan dibiarkan sewenang-wenangnya berceramah tiap-tiap malam dan melalak-melolong memfitnah serta memburukkan kerajaan.. Pemimpin BN hanya perlu senyum sambil pasang angan-angan untuk menang tanpa buat kerja teruk di Kajang..

Dekat sini gua "terpaksa" puji gerak kerja maya sebelum PRU13 dulu disetiap pilihanraya kecil seluruh negara.. Walaupun terdapat beberapa kumpulan elit membawa jentera sosial media masing-masing, gerak kerja dorang bersepadu beb iaitu hanya mahu menangkan calon yang bertanding..

MyKMU, UMB, Blog House dan dua tiga lagi kumpulan elit askar maya ternyata berjaya menyumbang kemenangan besar BN dibeberapa pilihanraya kecil sebelum PRU13 dulu.. Sebab dorang diberi tugas hanya untuk memastikan kemenangan calon.., bukannya melobi atau mengampu sekor dua orang besar dalam parti semata-mata kerana duit!

Sekarang ni beb..., sapa yang bayar lebih, orang tu akan diampu telor dia agar tak mencecah tanah sewaktu berak mencangkung... Sanggup tu tauuu asal dipuji melambung dan dianggap sebagai pengampu terbaik.. Hahahaha..

Pasal kemenangan BN atau memastikan imej kerajaan dipandang bagus oleh rakyat.., itu soal kedua.. Yang penting mahsyukkkk... Yang penting boleh jalan-jalan dan cari pengalaman berharga tengok tempat orang...

So..., tak heranlah kalah beb kalau macam ni... Jangan kata undi cina.., kalau bagi kambing mengundi sekalipun BN takkan menang..

Semua nak cari untung.., semua nak cari senang... Apa lagi beb.., Jom kita berzumba-zumba sampai PRU14 nanti... Apa nak kisah BN kalah.. janji hati senang serta perut kenyang!!! Yihahahaha... zumba...,zumbaaaaa..

Post mortem oleh
Media Permatang Pauh

... Tapi aku rasalah kan... kalau UMB bergerakpun kalah juga sebab fitnah tu banyak sangat, mana pengundi muda dari Saluran 2,3,4 dan seterusnya nak percaya.. kurangkan sikit cerita fitnah dan lucah tu..

Pengundi dari saluran itu bukannya hanya membaca dari sebelah pihak, mereka membaca dari kedua-dua pihak.. lainlah kalau pengundi Saluran 1 tu.. majoriti mereka masih percaya sepenuhnya dengan apa yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan..

Macai yang tak puas hati dengan post mortem tu.. hangpa pi belasah dia kat ( SINI )

Tangan Kanak-Kanak Enam Tahun Tersepit Di Eskalator <b>Di Kajang</b> <b>...</b>

Posted: 04 May 2014 01:39 AM PDT

SEORANG kanak-kanak berusia enam tahun terselamat daripada kehilangan tangan kanannya selepas tersepit di celah tangga bergerak atau eskalator di sebuah pusat membeli-belah pada Khamis lepas.

Gambar-gambar saat mendebarkan anggota Bomba dan Penyelamat Kajang menyelamatkan kanak-kanak itu dikongsikan laman Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, menurut laporan blog Sebastian Phiu.

Bilik kawalan Kajang menerima panggilan khidmat khas pada pukul 4.39 petang berkenaan kes tangan tersepit di eskalator.

Bomba Kajang menghantar lima orang anggota ke lokasi kejadian yang tidak didedahkan dan tangan kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan. – MYNEWSHUB.MY

TanganSepit_2

TanganSepit_3

TanganSepit_4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads