ads

Selasa, 20 Mei 2014

12 di sepang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sepang - Google Blog Search


punca kemalangan pelumba super siri malaysia (mss) 2014 <b>di</b> litar <b>...</b>

Posted: 16 May 2014 08:08 PM PDT

Takziah diucapkan kepada keluarga dan rakan pelumba motosikal Super Siri Malaysia (MSS) 2014, Amaludin Abd Rahman yang maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal itu di Litar Antarabangsa Sepang.

Memetik laporan Sinar Harian, Sepang International Circuit (SIC) dalam kenyataan berkata, pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di 'Turn 15′ sirkit itu sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada pukul 4.30 petang. Mangsa beraksi dalam kategori Super Stock B dalam perlumbaan tahunan itu.

????????????????????????????????????????????????????

SIC berkata, pasukan perubatan segera dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di hospital berkenaan. SIC juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan Amaludin Abd Rahman yang meninggal dunia akibat kemalangan malang itu. Selain itu, SIC berkata laporan polis dibuat dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes itu.

Kemalangan maut di litar tersebut merupakan kali ketiga sejak 2011. Pada kejuaraan sama tahun lepas, pelumba muda Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima hari selepas jenteranya terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan sebelum berakhir sesi latihan. Sebelum itu, pada 23 Oktober, 2011, pelumba MotoGP Marco Simoncelli, 24, dari Itali terbunuh selepas terbabas pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia.


Formula 1 <b>Sepang</b> sentiasa panas - Denaihati

Posted: 28 Mar 2014 05:32 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap tahun akhir bulan Mac pasti Sepang akan riuh dengan deruman kereta lumba Formula 1 sejak 1999. Litar lumba Sepang yang telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir meninggalkan banyak kenangan pahit manis dalam hidup aku. Aku pernah memandu kereta Proton Wira mengelilingi Sepang International Circuit (SIC) tapi bukan untuk berlumba saja test power. Bukan mudah memandu di litar walaupun nampak besar.

formula 1 petronas malaysia grand prix 2014

Di awal perlumbaan formula one banyak cemuhan yang diterima terutama daripada pihak pembangkang sehingga tidak banyak syarikat yang nak berkerjasama. Sekarang Formula One Sepang sudah menjadi satu nadi pembangunan industri motor di Malaysia. Alhamdulillah syarikat tempat aku berkerja telah mengambil kesempatan di permulaan formula one dengan mengambil kontrak menyediakan makanan untuk VIP, Media dan Marshal perlumbaan.

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 1 28/3/2014
  1. Lewis Hamilton Mercedes 1:40.691 19
  2. Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.843 0.152 20
  3. Nico Rosberg Mercedes 1:41.028 0.337 19
  4. Jenson Button McLaren-Mercedes 1:41.111 0.420 20
  5. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 1:41.274 0.583 18
  6. Jean-Eric Vergne STR-Renault 1:41.402 0.711 15
  7. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:41.523 0.832 9
  8. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:41.642 0.951 19
  9. Felipe Massa Williams-Mercedes 1:41.686 0.995 23
  10. Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:41.830 1.139 2

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 2 28/3/2014

  1. Nico Rosberg Mercedes 1:39.909 30
  2. Kimi Räikkönen Ferrari 1:39.944 0.035 30
  3. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:39.970 0.061 30
  4. Lewis Hamilton Mercedes 1:40.051 0.142 32
  5. Fernando Alonso Ferrari 1:40.103 0.194 29
  6. Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.112 0.203 34
  7. Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.276 0.367 29
  8. Jenson Button McLaren-Mercedes 1:40.628 0.719 28
  9. Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.638 0.729 35
  10. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.691 0.782 34

gambar formula 1 sepang 2014

Bukan mudah nak menyediakan makanan untuk perlumbaan bertaraf dunia dengan spesifikasi yang sangat tinggi. Selain daripada kualiti makanan yang paling penting adalah ketepatan jadual hidangan makanan yang tidak boleh lewat kerana akan menganggu jadual perlumbaan. Cabaran yang paling getir adalah kesesakan lalul lintas apabila litar lumba sepang dibanjiri kenderaan bukan sahaja peminat F1 dari Malaysia malah dari Singapore dan Thailand. Selain daripada itu pemeriksaan untuk masuk ke kawasan perlumbaan pun sangat ketat bukan boleh masuk sebarangan sahaja untuk mengelak perkara buruk berlaku kepada perlumba dan jentera formula one yang sangat mahal.

gambar pelanggaran formula 1 sepang

Menguruskan makanan dan logistik selama empat hari nampak mudah tetapi sangat mencabar. Semua pengurus, tukang masak, pembantu tukang masak, pekerja am dan pemandu bersengkang mata selagi perlumbaan belum tamat. Pernah berlaku bekalan makanan sampai lambat apalagi kami disergah oleh penganjur dan bayaran ditolak mengikut peratusan tertentu. Makan untuk perlumba dan pegawai pasukan disediakan oleh syarikat katering antarabangsa yang mendapat kontrak khas dan akan pergi kesemua litar lumba formula one sepanjang musim. Khabarnya mereka menyewa satu pesawat jumbo untuk membawa peralatan dan bahan masakan untuk perlumba dan pegawai pasukan.

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Practice 3 29/3/2014
  1. Nico Rosberg Mercedes 1:39.008 13
  2. Lewis Hamilton Mercedes 1:39.240 0.232 13
  3. Kimi Räikkönen Ferrari 1:40.156 1.148 13
  4. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:40.387 1.379 14
  5. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:40.523 1.515 15
  6. Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:40.686 1.678 14
  7. Fernando Alonso Ferrari 1:40.736 1.728 14
  8. Felipe Massa Williams-Mercedes 1:40.781 1.773 20
  9. Valtteri Bottas Williams-Mercedes 1:40.891 1.883 20
  10. Sergio Perez Force India-Mercedes 1:41.029 2.021 15

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 Kelayakan 29/3/2014

  1. Lewis Hamilton Mercedes 1:57.202 1:59.041 1:59.431 22
  2. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 1:57.654 1:59.399 1:59.486 20
  3. Nico Rosberg Mercedes 1:57.183 1:59.445 2:00.050 23
  4. Fernando Alonso Ferrari 1:58.889 2:01.356 2:00.175 22
  5. Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 1:58.913 2:00.147 2:00.541 20
  6. Kimi Räikkönen Ferrari 1:59.257 2:01.532 2:01.218 21
  7. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 1:58.883 2:00.839 2:01.712 23
  8. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 2:00.358 2:02.094 2:02.213 20
  9. Jean-Eric Vergne STR-Renault 2:01.689 2:02.096 2:03.078 23
  10. Jenson Button McLaren-Mercedes 2:00.889 2:01.810 2:04.053 22

gambar kereta formula one pasukan petronas

Ketika perlumbaan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix sedang berlansung kami hanya mendengar deruman engine yang kuat tetapi tidak berkesempatan untuk menonton kerana sibuk menguruskan makanan. Sesekali sempat juga menjengok ke litar lumba untuk melihat perlumba mana yang bersaing panas dalam cuaca yang sangat panas tetapi yang nampak hanya kelibat kereta lumba yang dipandu sangat laju. Memang agak mustahil nak mengetahui perlumba mana yang mendahulu perlumba yang lain. Sesekali dapat juga melihat pelanggaran antara perlumba di skrin besar yang di pasang di beberapa lokasi di dalam litar.

KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014
  1. Lewis Hamilton Mercedes 56 1:40:25.974 1 25
  2. Nico Rosberg Mercedes 56 +17.3 secs 3 18
  3. Sebastian Vettel Red Bull Racing-Renault 56 +24.5 secs 2 15
  4. Fernando Alonso Ferrari 56 +35.9 secs 4 12
  5. Nico Hulkenberg Force India-Mercedes 56 +47.1 secs 7 10
  6. Jenson Button McLaren-Mercedes 56 +83.6 secs 10 8
  7. Felipe Massa Williams-Mercedes 56 +85.0 secs 13 6
  8. Valtteri Bottas Williams-Mercedes 56 +85.5 secs 18 4
  9. Kevin Magnussen McLaren-Mercedes 55 +1 Lap 8 2
  10. Daniil Kvyat STR-Renault 55 +1 Lap 11 1
  11. Romain Grosjean Lotus-Renault 55 +1 Lap 15
  12. Kimi Räikkönen Ferrari 55 +1 Lap 6
  13. Kamui Kobayashi Caterham-Renault 55 +1 Lap 20
  14. Marcus Ericsson Caterham-Renault 54 +2 Laps 22
  15. Max Chilton Marussia-Ferrari 54 +2 Laps 21
  16. Daniel Ricciardo Red Bull Racing-Renault 49 Retired 5
  17. Esteban Gutierrez Sauber-Ferrari 35 Gearbox 12
  18. Adrian Sutil Sauber-Ferrari 32 Power unit 17
  19. Jean-Eric Vergne STR-Renault 18 Turbo 9
  20. Jules Bianchi Marussia-Ferrari 8 Accident damage 19
  21. Pastor Maldonado Lotus-Renault 7 Power unit 16
  22. Sergio Perez Force India-Mercedes 0 Gearbox 14

Gambar juara formula 1 sepang 2014

 

Tiga tahun kami menabur keringat di Litar Lumba Sepang membantu menjayakan Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix ketika syarikat lain tidak berani membantu. Teringat kali terakhir aku menjejakkan kaki di Litar Lumba Sepang ketika itu pihak pengurusan sudah bersetuju mengambil syarikat kami untuk satu majlis. Ketika menghidangkan makanan untuk cuba rasa salah seorang pengurus SIC telah memaklumkan kepada aku big bos dia telah mengambil syarikat lain walaupun persetujuan telah diberi. Syarikat-syarikat lain yang dahulunya takut kini berlumba-lumba untuk masuk ke Litar Lumba Sepang dengan berbagai strategi walaupun dengan cara yang salah.

Itulah kali terakhir aku menjejaki kaki di Litar Lumba Sepang. Tahun lepas sempat aku menyaksikan perlumbaan Formula 1 di Singapore. Agaknya apa KEPUTUSAN FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 yang berlansung pada 28 – 30/3/2014. Mungkinkah dua pasukan Malaysia Petronas-Mercedes dan Caterham-Renault mampu bersaing untuk menaiki podium SIC. Pernahkan rakan blogger menonton Formula 1 secara live di litar?

Gambar Petronas Formula 1 Malaysia Grand Prix

gambar litar lumba sepang

gambar perlumba team petronas-mercedes

TERKINI FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIA GRAND PRIX 2014 @ Twitter



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved