ads

Sabtu, 1 Oktober 2011

12 di jenjarom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di jenjarom - Google Blog Search


Selamat datang ke Kampung <b>Jenjarom</b>, Banting | AzmanIshak.Com

Posted: 01 Oct 2011 08:24 AM PDT

Abang aku ade membekal arnab untuk buat makan atau utk buat ternakan.

Sebenarnya cadang nak pergi umah abang yang dekat Kampung Jenjarum ni ade la dalam dua minggu sudah. Tapi biasa la…. kehidupan kat kota ni kan.. nak gerak sikit duit… nak kencing… duit.. nak itu duit.. nak ini duit… mujur la nak sedut udara atau nak buang udara tak kene duit.. kalau tak, mau aku rasa bungkus semua kain baju bawak jer balik kampung. Merungut pasal duit tu adalah perkara biasa dalam kehidupan yang bekeluarga, lagi-lagi kalau duduk kat bandar kota metropolitan bak kata orang tu.

Rumah adik beradik sebelah isteri abang aku.

Dipedekkan mukhadimah yang dah kelaut niii, tujuan lain aku pergi ke rumah abang dekat Kampung Jenjarom ni pasal anak abang yang sulung tu dapat bantuan Laptop 1Malaysia. Jadi abang ni tak berani la nak usik. Dia kata kat anak… "Tunggu la nanti paksu datang…nanti  paksu setting". Masalah utama bukan pada laptop, tapi abang cakap, dia nak share WiFi streamyx dia dengan laptop yang baru dapat tu.

Perkara agak kacang… seperti yang aku duga… modem/router TM masih lagi menggunakan default password. Jadi tadek masalah sangat nak aksess page router. Lepas masuk godek wifi setting… nak dekat 2-3 jam tak boleh connect. Wifi dah broadcast.. pre-shared key semua dah betul, tapi masih gak tak boleh nak sambung… abis semua laptop aku dengan henpon aku pon aku terai sekali… same jer.. tak boleh gak.

Mujur kat rumah abang memang ade satu PC yang dah sambung pakai LAN. Malas nak cerita banyakkk… aku open satu lagi SSID. So broadcast 2 SSID. SSID yang kedua ni… once aku dah setting semua… terus boleh sambung. Wallaaaa…. cam magik gitu. Kalau tau dari awai lagi aku dah broadcast second SSID. Demmmyyy… tah ape kene SSID yang no 1 tu ntah. Berkongsi minat dengat anak saudara yang sulung pasal komputer ni… memang macam-macam soalan cepu emas la aku dapat. Tak pe… dia semangat nak belajar. Dari ke cara nak lajukan streaming sampai ke Photoscape.. semua aku turunkan haha..



Amy - Berkongsi minat yang sama

Lepas siap setting WiFi, sekarang giliran melayan anak sedara yang no 3. Kali ni aku berkongsi minat tangkap gambar. Abah dia pon ade belikan digital kamera yang same macam SLR. Blasah je aku bantai citer pasal ISO, Shutter dengan Aperture… cam la dia paham… Tapi aku tengok result bleh tahan, Dari asal dia pakai auto.. now dah pandai main Mode Shutter. Ok la tu kot.. tok guru dia pon kengkadang ke laut jugak. Hahaha…

Panjang gile sembang weiii… untuk sesi layan gambar pada kali ni.. aku merajinkan sikit jari jemari untuk buat beberapa cross processing dan jugak DHR. Maklum la kauuu… kamera aku murah kot. Ni aku nak pesan… kalau kita ni sadauuu la kan.. kamera tu murah cam kamera aku niii… kene rajin petik… lepas tu… kene rajin edit. Baru la nak tunjuk gambar kat orang tu.. tadek la sepesen sangat.

Tapii… ade tapinye… kalau nkorang beli kamera mahai CAP NIKON atau CANON macam Saudara Tarmizi… lain citer… Dia tu… petik macam mane pon… gambar dia lawa. Jeles siallll~ Pasal tu dia malas update blog dia letak gambar. Sebab dia tak perlu prektis banyak-banyak macam aku ni… muahaha! Dah puas hati…? Jom layan!

Gambar baru lepas hujan... touch-up sikit sharpness dengan colour

Unik... aku tak tau nak panggil basikal ke beca. Ofcourse bukan kereta lembu mahupon kuda

Kucing ni manje gile... Aku memang suke kucing dari dulu. Tapi masalah nak membela plak...

Kalau tak dipecahkan ruyung... manakan dapat sagunya... - NOT RELATED IDIOM

Sekebun cintaaa... nan berbunggaaa... tetiba teringat lagu Ziana Zain masa snap kan!

Habis simen... mesen bancuh simen dibuang - PERLI BAHASA

Dinaikkan sikit - Sharpness, Brightness dan juga Colour Enhanced

Menggunakan teknik HDR yang aku sangat kurang mahir penelitiannya.

Give me back my soul - Kata ranting ituuu....

Nota: Ok… cukup cukup la merepek… nanti kita boleh tengok cam plak Bro Mijie nak bahan aku balik.. hahaha.. kalau rajin.. nanti kita boleh jengok apa yang dia bebelkan kat aku plak di http://muhammadtarmizi.com.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved