ads

Khamis, 12 Julai 2012

12 di klang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di klang - Google Blog Search


cikgu azhar: MEE JAWA ISTIMEWA <b>DI KLANG</b> (DELICOUS AND <b>...</b>

Posted: 07 Jul 2012 10:20 AM PDT

Mee boleh dinikmati menerusi pelbagai cara hidangan, masakan dan resepi, serta sangat bergantung kepada air tangan si tuksng sedia. Namun, pengunjung bandar Klang, Selangor tentu akan mencari mee jawa yang sungguh istimewa dan asli Jawa. Di Indonesia pun tidak ada menu mee Jawa, sebagaimana tidak ada mee bandung walaupun di kota Bandung. 
Jika sesiapa yang mampir (singgah) di pekan lama Klang, berhampiran Centre Point, Pasar Jawa dan Masjid Bandar Di-Raja patut berhenti sekejap di sebuah medan selera bernama Emporium Makan. Di samping hidangan makan tengah hari dan petang yang lazat-lazat belaka, pengunjung harus mencuba mee Jawa di situ. Harganya sepinggan cuma RM3.50 dan sangat berbaloi untuk dinikmati semasa masih panas.
Mee Jawa memang banyak dijual di serata tempat, termasuk pasar malam dan pasar tani, tetapi sudah pasti tidak setanding dengan sepinggan mee Jawa di Klang. Mee dan rencah sayur-sayuran mungkin kelihatan sama, tetapi kuah mee Jawa Klang sangat berbeza. Malah, hidangan mee Jawa di hotel berdekatan Emporium Makan juga sangat jauh ketinggalan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved