ads

Khamis, 12 Julai 2012

12 di kuala langat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala langat - Google Blog Search


Ashgive.com: Paragliding <b>Di</b> Bukit Jugra <b>Kuala Langat</b>, Banting <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2012 05:28 PM PDT

Aku baru tahu kat Banting Selangor sebenarnya ada banyak tempat tempat yang menarik.. aku dan member aku telah menghabisan masa sehari suntuk berhuha huha mengexplore tempat yang best dan tempat tempat makan yang awesome di Banting.. korang mungkin pernah dengar Pantai Morib yang terkenal tu kan..  tapi untuk entry ini aku nak cerita tentang tempat lain pulak..

Dengan bantuan member rakan sekerja Afiq yang meme duduk kat Banting, dia sebagai tourist guide membawa kitaorang ke Bukit Jugra Kuala Langat..

aksi loncat loncat atas bukit, nasib tak jatuh begolek

Rumah Api Bukit Jugra
Menara konkrit putih yang mempunyai ketinggian 25 meter yang lengkap dengan sistem pencahayaan.. dibina pada tahun 1976.. rumah api ini sangat strategik, memandang ke arah Selat Melaka.. memainkan peranan yang sangat penting kepada jurumudi dan nakhoda kapal di laut.. ia berdiri pada ketinggian 146 meter atas paras laut (ayat daripada signboard)..
brother ni sedang bersiap siap nak ber paragliding.. meluncur di udara.. 

Paragliding Bukit Jugra
Kawasan Rumah Api Bukit Jugra adalah peak point dimana paragliders darpada serata negara datang untuk bermain paragliding.. ia adalah sukan meluncur udara dimana paragliders duduk di dalam satu bentuk macam bag called harness.. fabric wing yang mengembang bila ditiup angin kuat yang masuk melalui vents di hadapannya mampu mangakat objek berat seperti manusia.. tengok tak padang kat belakang tu.. paragliders yang terbang akan landing kat sana la..
brother tu dah start terbang, gila awesome sukan ni..

Kalau orang jenis yang kuat gayat, tak payah la nak try sukan ni.. kompom pengsan kat atas udara, pastu tak boleh drive belon tu, terbang ntah mana mana pegi kat Cherry Island hahaha..
tinggi siot, lek je dia melayang layang 

Serius aku excited tengok diorang terbang kat udara.. tapi sayang ada sorang mat saleh dengan sorang lagi brother tu tak nak terbang masa kitaorang kat sana.. dia cakap angin kuat sangat.. sib baik sempat tengok sorang ni terbang sampai dia landing kat padang nun jauh kat bawah sana.. aku first time tengok menda macam ni..
kecik je dia kat sana, kalau aku mahu bergegar lutut aku terbang tinggi macam tu

Lama gak brother tu aku tengok kat udara.. dia pusing pusing, terhayun hayun.. fabric wing tu dia tarik tarik tuk menentukan arah pergerakan dia terbang.. even dia terhayun hayun tapi dia lending tepat kat padang, hebat la brother tu.. kalau nak buat kena mantap ilmu berparagliding, kalau tak memang lending kat payah bakau la jawabnya hahaha..
mat saleh daripada UK pun ada gak nah ber paragliding 

Dia tengah test test angin sesuai ke tak tuk terbang.. gigih dia aku tengok, even angin kuat tapi dia pegang benda tu macam biasa je.. dia tarik satu tali then benda tu jatuh, macam tu la kot dia memandu arah benda tu.. kalau fikir fikir sudah tentu dia terbang kat udara kan..
paragliders tengah tunggu angin yang sesuai tuk meluncur

Balai Cerap Bukit Jugra
Pada 25 Oktober 2003, bersamaan 29 Sya'aban 1424, Balai Cerap Bukit Jugra Kuala Langat telah diserahkan secara rasmi oleh Jabatan Kerja Raya kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor.. Balai Cerap ini adalah tempat dimana aktiviti cerapan rasmi dan bulanan dijalankan.. ia juga di menfaatkan sebagai pusat latihan ilmu falak di Negeri Selangor (ayat daripada signboard)..

So, itu la dia keistimewaan Bukit Jugra Kuala Langat Banting Negeri Selangor.. awesome tak awesome datang sendiri baru tahu.. aku dah, anda bila lagi..wekk!! hahaha

Tag: Tempat Tempat Menarik Selangor, Kuala Langat Bating Best, Pemandangan Cantik Di Bukit Jugra,  Santai Di Bukit Jugra, Deting Di Bukit Jugra 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved