Selasa, 11 September 2012

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


GEMPAR!! BANJIR <b>DI PETALING JAYA</b>? ~ Ikrar Pemuda

Posted: 08 Sep 2012 05:00 AM PDT

Bekalan Air <b>Di Petaling Jaya</b> Kembali Pulih - TV3

Posted: 20 Aug 2012 11:20 PM PDT

21/08/2012 14:20:00

Please note that to view this content requires you to have Javascript enabled, and the Flash plugin (get it at http://get.adobe.com/flashplayer/) or HTML 5 compliant browser able to MP4.

Lebih 80 peratus pengguna yang terjejas bekalan air di Petaling Jaya dan Subang Jaya sudah memperoleh bekalan air secara berperingkat-peringkat pagi tadi.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som memaklumkan selebihnya dijangka menerima bekalan air petang ini.

Dianggarkan lebih 150 ribu pengguna terjejas sejak pagi hingga malam tadi ekoran dua paip berukuran 600 milimeter pecah di SS9, Petaling Jaya.

Kebocoran pertama berlaku pada injap paip menyebabkan bekalan air ke tangki utama subang terpaksa ditutup.

Antara kawasan terjejas Seksyen 4, Jalan Templer, Jalan 51A, SS7 Kelana Jaya, U1 Glenmarie dan Subang Jaya dari SS12 hingga 19.

Ini menyebabkan gangguan bekalan air kepada 75 ribu pengguna.

Paras air di tangki berkenaan juga turun ke tahap rendah manakala kejadian paip pecah kedua dilaporkan di Jalan Carey, Seksyen 1, Petaling Jaya.

Akibatnya, 80 ribu pengguna terjejas.

Kerja pembaikan siap jam 12 tengah malam tadi.

Gadis Di Bunuh Kejam <b>Di Petaling Jaya</b> - Selangor Daily

Posted: 17 Aug 2012 08:34 PM PDT

Selangor Daily mengucapkan takziah pada keluarga arwah Yasuhaidah.

 

Kurang dua hari sahaja lagi menjelang Aidilfitri, kegembiraan sebuah keluarga berkecai apabila anak bongsu daripada lapan beradik mati dalam keadaan tragis apabila lehernya dikelar di pangsapuri Flora Damansara di sini awal pagi ini.

Gadis malang, Yasuhaidah Yeop, 22, kakitangan pusat perkembangan minda di sebuah pusat beli-belah terkenal di Damansara ditemui dalam keadaan berlumuran darah dan 'nyawa-nyawa ikan' oleh jiran dalam rumah di hadapan pintu jeriji masih berkunci di tingkat enam pangsapuri berkenaan, pukul 3 pagi.

Dalam kejadian itu, pembunuh bertindak kejam apabila merentap rambut gadis itu melalui pintu jeriji besi dari luar sehingga terputus rambut sebelum mengelar lehernya.

Difahamkan, kejadian berlaku semasa mangsa bersendirian di rumah kerana kakaknya, Yazniyana Yeop keluar membeli-belah untuk persiapan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman sejak pukul 11 malam.

Gambar hiasan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads