Selasa, 11 September 2012

12 di sepang - Google Blog Search

12 di sepang - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Pusat Maxis terbaru <b>di</b> KLIA <b>Sepang</b>

Posted: 28 Aug 2012 08:16 AM PDT

28/08/2012 23:16:00

Sepang --Peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad(Maxis), telah melancarkan Pusat Maxis terbaru di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) hari ini. Terletak di Dewan Berlepas KLIA, pusat Maxis yang baru ini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang akan memenuhi keperluan pelbagai pelancong domestik dan antarabangsa di KLIA, kira-kira 25,000 kakitangan dari kedua-dua industri aeronautik dan bukan aeronautik dalam KLIA, pelancong, serta perbandaran berdekatan di Sepang, Nilai dan Cyberjaya.

 

Pelanggan Pusat Maxis KLIA akan menikmati pelbagai perkhidmatan seperti mengaktifkan IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) perantauan, perkhidmatan data, tetapan telefon, tambah nilai, atau melaksanakan apa-apa pembelian pada saat-saat terakhir atau mendapatkan perkhidmatan tambah nilai sebelum penerbangan mereka.

 

Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, "Maxis amat bangga untuk berada di sebuah lokasi yang sangat strategik di KLIA, salah satu hab penerbangan utama di Asia Tenggara yang begitu ikonik. Dengan Pusat baru kami, kami mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pelanggan dari pelbagai segmen, sama ada mereka adalah pelancong yang baru sahaja tiba atau yang akan keluar dari Malaysia, keluarga dan rakan-rakan mereka, dan yang penting, warga pekerja di KLIA. Kami berharap dapat melengkapi wawasan KLIA dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dan melebihi jangkaan pelanggan.

"Pusat Maxis kami di KLIA telah direka untuk memenuhi keperluan mereka dengan menyediakan perkhidmatan mudah alih bagi mereka yang dalam perjalanan, seperti pakej perantauan, peranti dan juga pembayaran bil di kiosk 24-jam. Melalui pusat ini, pelanggan kini mempunyai saluran yang boleh diakses untuk perkhidmatan bersepadu yang akan membolehkan mereka mempunyai ketenangan fikiran untuk sentiasa berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja," tambah Tan Sri Arshad.

 

Dalam merasmikan pelancaran tersebut, YM Raja Tan Sri Arshad telah diiringi oleh Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad, YBhg Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid, dan Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J Amarasekera.

 

"Pelancaran Pusat Maxis KLIA adalah hasil kerja keras kedua-dua pihak, dan menunjukkan perkongsian dalam membawa perkhidmatan bertaraf dunia kepada 35 juta purata penumpang tahunan di KLIA. Kami adalah hab penerbangan antarabangsa di rantau ini yang bereputasi dan menawarkan hanya yang terbaik dalam produk dan perkhidmatan untuk penumpang dan pengunjung. Begitu juga, sebagai peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu di negara ini, Maxis mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menyampaikan pengalaman yang memperkayakan kepada pelanggan di peringkat tertinggi. Kerjasama kami, oleh itu, adalah satu perkongsian yang cukup baik," Tan Sri Bashir berkata.

 

Maxis mempunyai rangkaian pengedaran yang terbesar di negara ini, dengan lebih 21,000 titik sentuh di seluruh negara yang termasuk 583 kedai Rakan Eksklusif Maxis dan Peniaga Eksklusif Hotlink yang bersedia berkhidmat untuk pasaran.

IKLAN 1 MALAYSIA: Tanah untuk dijual <b>di sepang</b>

Posted: 05 Aug 2012 08:59 AM PDT

Nama: hazeman
Email: tigerwood65@rocketmail.com
Website:
Tajuk: Tanah untuk dijual di sepang
Iklan: Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekelian..
Saya mahu menjual tanah saya di giching sepang keluasan 2.75ekar RM825k..1ekar RM300k,tanah rizab melayu dan boleh dikembangkan untuk lot2 banglo dan perumahan..kawasan sekeliling ada taman perumahan,dan ia berdekatan dengan KLIA dan sepang international circuit..berminat boleh sms man 0127802331..hanya yang bbetul2 serius sahaja,tq.
Ip Pengirim: 183.78.12.78

Banyak Papan Iklan <b>Di Sepang</b> Tidak Ikut Reka Bentuk Yang <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 03:16 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]SEPANG 31 JULAI : Pemilik papan tanda elektronik (billboard) di daerah ini perlu mendapatkan kelulusan reka bentuk struktur rangka pembinaan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads