Selasa, 11 September 2012

12 di sijangkang - Google Blog Search

12 di sijangkang - Google Blog Search


dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Drama Menarik <b>Di Sijangkang</b> <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 07:26 AM PDT

Kisah yang dibongkar oleh blogger Double Y ini memang macam cerita drama tv la. Sebelum penyakit drama bersiri melanda negara, biasanya plot-plot sebegini banyak digunakan jika drama memaparkan kehidupan kampung. Fokus utama adalah perebutan kuasa dan selalunya yang direbutkan adalah jawatan Ketua Kampung atau JKKKKK atau Imam mesjid.

Dicampurlah dua-tiga plot sampingan macam anak dara tuk imam berkasih dengan anak teruna sipencabar tadi, atau kumpulan yang fanatik agama cuba memaksa orang kampung menerima fahaman mereka bla bla bla ...  tapi plot utama adalah Jawatan, dan tujuan perebutan Jawatan itu adalah kerana kuasa dan wang.

Double Y hanya mengulas tentang plot utama, jadi saya tak pastilah samada melibatkan watak sampingan seperti diatas, tak juga disebut tuk imam itu ada anak dara ke tidak ....... Ok serius. Fakta yang BENAR -

Jawatan - Nazir Masjid Jamiul Ehsani Sijangkang
Lokasi - Sijangkang Kuala Langat
Status - SEDANG HEBUH
Isu - Politik Umno-Pas , Kuasa DAN Wang.

Isu bermula bila Ketua Pemuda Pas Sijangkang Abd Ghani Abd Manaf menulis dalam FB -

Dari atas kita difahamkan Hj Yasin yang merupakan orang Umno adalah otai mesjid situ dan tahun 2008 bila Pas menang, Pas ambil alih pengurusan mesjid. Ghani dakwa waktu penyerahan jawatan dan tanggungjawap, tabung mesjid takde duit langsung. Walaupun mengambilkira Kutipan derma dan dana kerajaan serta hasil kebun milik masjid seluas 35 ekar. 

Dalam 4 tahun Pas ambilalih pengurusan mesjid, baki duit tabung sekarang ada RM120ribu setelah buat renovation masjid. Maknanya Ghani beri gambaran Hj Yasin songlap duit masjid dan Pas lah yang paling telus, jujur dan amanah dalam menguruskan kewangan masjid.

Dibawah adalah Penyata Kewangan Mesjid bertarikh 31 Mei 2009


Jelas tertulis bakinya RM148ribu ++ dan juga tercatat dengan teliti setiap pergerakan keluar masuk wang masjid. Kenapa Ketua Pemuda Pas Abd Ghani mengatakan tidak ada satu sen pun yang diserahkan ? ( KLiK untuk cerita sepenuhnya )

Yang ini pula dari keris7lok yang menunjukkan Borang K iaitu borang serah tugas bertarikh 14 Jun 2009. Jelas Penyata diatas adalah yang terakhir dibawah pengawasan Hj Yasin iaitu Mei 2009.


Tidak ada wang tunai yang diserahkan tapi ada diserahkan 2 buku akaunbank, satu buku kutipan Jumaat dan satu buku Ledger.

SIAPA YANG MENIPU ?

Sebenarnya tak susah perkara ini, asalkan pihak pengurusan baru Masjid dibawah Pas sanggup menunjukkan baki akaun kedua bank itu pada waktu serahan. Dan jika cara penjagaan akaun yang kemas dulu diteruskan oleh pengurusan baru, pasti semuanya dapat diperjelaskan dengan mudah.

Kemudian kita boleh lihat apakah Ketua Pemuda Pas Sijangkang Abd Ghani Abd Manaf bercakap benar atau melontar fitnah ! Dan kita juga boleh pastikan apakah wujud sebarang penyelewengan amanah mana-mana pihak yang terlibat.

Tahniah blogger Double Y dan Keris7Lok, teruskan pendedahan hingga selesai isu. Jangan ada yang menjadi mangsa penganiayaan dek sebab politik dan perebutan kuasa/wang.

PS - Tanya juga kot2 Hj Yasin ada anak dara tak ?

Skandal YB Yunus & Bekas Nazir <b>Di Sijangkang</b> - ANGIN <b>...</b>

Posted: 04 Apr 2012 08:00 PM PDT

Haji Yassin, bekas nazir Masjid Kampung Sijangkang dituduh menggelapkan wang peruntukan masjid sejumlah RM100,000 dalam facebook. Nazir tersebut juga dituduh menggelapkan wang hasil tanah wakaf seluas 35 ekar.
Tuduhan dalam facebook tersebut dibuat oleh penyokong penyokong PKR dan PAS terhadap nazir tersebut. Tuduhan tersebut sudah pun sampai ke telinga YB Dr Yunus Hairi (Exco Adat Istiadat Melayu & Sukan, ADUN Sijangkang). 
Persoalannya mengapa YB Yunus tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membuat tindakan terhadap tuduhan penyokongnya itu? 
Apakah YB Yunus simpati dengan bekas nazir tersebut? Khabarnya YB Yunus tidak sanggup mengambil tahu kes tersebut kerana ingin menjaga hubungannya dengan golongan JATI. Betul ke? 
Malah ramai penyokong PAS (bukan parasit) sudah tahu YB Khairi dipilih sebagai Exco gantikan Hasan Ali adalah kerana ingin mengekalkan kumpulan penyokong Hasan Ali terhadap kerajaan Khalid Ibrahim. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads