ads

Ahad, 19 Mei 2013

12 di batang kali - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di batang kali - Google Blog Search


Majlis Perkahwinan Iryani & Farhan <b>di Batang Kali</b> - Adinda Baizura <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2013 08:08 PM PDT


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 
Subhanallah Walhamdulilah Wala Ilaha Ilallah Wallahu Akbar 
Allahumma Solli 'Ala Saidina Muhammad Wa'ala Alihi Saidina Muhammad 
Alhamdulilah, berlangsung sudah majlis perkahwinan seorang lagi ATS iaitu Iryani Akhwan dan pasangannya Farhan. Haip! Apeda nama pendek? Heheheeee maaf, ABM lupa nama penuh dia. Heheheeee
Semalam (Sabtu), ABM berkesempatan untuk menghadiri majlisnya yang berlangsung di Batang Kali. Kalau ada yang ingat, setahun yang lalu ABM ada datang ke sini untuk Majlis perkahwinan Abang Zul dan Kak Fadzilah. Dah lupa? Klik sini
Oh ya, lupa pulak, hari sebelumnya, Abang Zul ada buat kenduri masuk rumah di rumahnya di Sungai Buloh. Betul-betul sebelah UiTM Sungai Buloh. Besar gilos rumah dia! 
Sila jangan lari topik Zura. Sekian terima kasih. 
Ok, mari melihat gambar. ABM ke sana dengan Lia, housemate ABM dan Zuhair. Fyeda tak dapat ikut sebab kata Zuhair, ayahnya dari Sabah datang. Jadi kami pergi bertiga. Sampai di sana, Aida, Kak Nour dan Haikal sudahpun sampai. Aida buat muka sedih cerita dia dah nak muntah bila Haikal bawa kereta laju sangat. Sekali bila Zuhair buka mulut, "Reti ke kau drift?" Hahahaaaa 
Ops, sorry. terover cerita pulak. Heheheee
Sebelum ke Batang Kali, singgah ke PPAS dulu. Sebab nak pulangkan buku. 
Bergambar bersama pengantin. Acara wajib. Huhuuuuu 
Dengan pengantin. SubhanAllah, sangat cantik! 
Hantaran pengantin. Dah macam jadi acara wajib pulak ambik gambar ni heheheee
Bersama UTPian. Paling takboleh blah bila Asyimah cakap, "Aku tunggu turn kau lepas ni," eh???? Hahahahaaaa
Seronok bila tengok orang kahwin. Tapi ABM sedar, tanggungjawab selepas kahwin itu jauh lebih besar berbanding mengadakan majlis perkahwinan yang berjuta-juta. Lalu, hati ini berkata, bersabarlah... 
Ayat tak boleh blah uh! 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved