ads

Ahad, 19 Mei 2013

12 di beranang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di beranang - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di beranang</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Apr 2013 11:16 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

JPN iktiraf Majlis Tindakan DUN Lenggeng <b>di</b> Ulu <b>Beranang</b>?

Posted: 08 Apr 2013 11:45 PM PDT

Satu pertemuan khas antara Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) bersama dengan DPPKS yang diketuai Ketua Pemuda saudara Zulkarnain Zaki, Timbalan Ketua Pemuda saudara Abu Zarim Abdul Rahman bersama-sama 10 orang lagi anggota exco DPPKS. JPN diwakili ketuanya, Pengarah JPN  Hj. Kamarul Md. Zin, Timbalan Pengarah II Haji Abu Sahid dan Setiausaha JPN Haji Kamal Aminon.
Pertemuan khas ini adalah inisiatif JPN untuk mendapatkan penjelasan dari DPPKS atas isu-isu yang timbul kebelakangan ini terutamanya isu-isu yang berlegar di alam siber. Walaupun pada saat-saat akhir JPN cuba membatalkan pertemuan ini, namun atas semangat berani kerana benar DPPKS bertegas agar pertemuan ini dapat diteruskan.
1. Free Malaysia Today (FMT)
DPPKS memaklumkan bahawa segala penulisan di laman tersebut adalah penafsiran dan pemahaman tersendiri pihak editorial FMT, samada bahan yang dicedok itu adalah sumber dari blog DPPKS atau sumber-sumber lain itu adalah hak FMT.
DPPKS  ingin memberi penegasan bahawa isu yang ditulis di blog rasmi DPPKS ini terutamanya isu "Resolusi Calon Tengah" adalah bersumberkan dari kajian yang diiktiraf dan dibiayai sepenuhnya oleh JPN.
DPPKS mengambil kira saranan responden yang mahukan calon baru sekiranya PAS mahu menang di DUN Lenggeng. DPPKS merasakan tidak timbul isu bahawa ini hanyalah kajian awal (kajian dijalankan sekitar Ogos 2011). Sekiranya ada perubahan yang mahukan calon lama kekal bertanding, mana kajian yang baru?
DPPKS amat faham dan jelas bahawa kajian ini adalah untuk kegunaan dalaman, apa yang dimasukkan di blog DPPKS dengan jelas tidak dipaparkan sepenuhnya. DPPKS yakin kerahsiaan kajian ini masih terkawal dan JPN sewajarnya bertindak membuat gerak kerja pilihanraya berdasarkan fakta dalam kajian tersebut.
2. Majlis Tindakan DUN

Pengarah JPN menjelaskan kehadiran wakil MTD Lenggeng (Lenggeng 2/Ulu Beranang) adalah jemputan JPN sendiri dan berasaskan ketidakhadiran beberapa kali mesyuarat oleh bekas Pengarah MTD Lenggeng (Lenggeng 1/PAS Seremban).
DPPKS sedia maklum perkara tersebut namun ingin menegaskan bahawa ketidakhadiran tersebut bukan menjadi tiket untuk JPN membawa wakil tersebut ke mesyuarat JPN kerana DPPKS difahamkan bekas Pengarah MTD turut menghantar wakil samada oleh Setiausaha MTD, Timbalan Pengarah MTD 1 atau Pengarah JPRK.
DPPKS juga difahamkan ada Pengarah MTD lain tidak hadir beberapa kali ke mesyuarat dan hanya menghantar wakil. Adakah tindakan JPN sama dengan MTD Lenggeng?
Alasan Pengarah JPN bahawa Pengarah MTD tidak dapat dihubungi adalah terlalu dangkal. Pengarah JPN seharusnya membuat tindakan yang rasional menghubungi mana-mana Timbalan Pengarah MTD (TYDP, NYDP, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat) untuk membuat penilaian sebab-sebab ketidakhadiran.
Pengarah JPN sedia maklum Timbalan Pengarah JPN 3 dan bekas Setiausaha JPN juga adalah dari kawasan Seremban. Pengarah yang bijaksana akan mendapatkan segala makluman sebab-sebab ketidakhadiran dari sumber-sumber yang terdekat dengannya.
Pengarah JPN memaklumkan kehadiran wakil Lenggeng 2 telah mendapat persetujuan Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan. Setelah diselidiki, DUA orang wakil BPPNS yang dihubungi mengesahkan tiada sebarang persetujuan diberikan terhadap perkara ini. DPPKS tidak faham apa yang sebenarnya 'game' yang cuba dimainkan oleh Pengarah JPN.
Jawapan dari Pengarah JPN seolah-olah cuba mengiktiraf MTD Lenggeng di Ulu Beranang yang TIDAK SAH dari organisasi PAS Kawasan Seremban adalah amat dikesali DPPKS. Tindak tanduk JPN sebenarnya amat diragui, JPN mengesahkan penubuhan MTD Lenggeng PAS Kawasan Seremban di Taman Panchor Jaya tetapi dalam masa yang sama turut membantu gerak kerja pilihanraya MTD Lenggeng di Ulu Beranang.
PAS mengajar ahlinya bersikap wala' dan patuh kepada arahan parti, wala' dan taat kepada arahan pimpinan, tetapi tidak berlaku di Lenggeng. Isu-isu yang dibangkitkan DPPKS adalah sebahagian bukti bagaimana kepentingan peribadi individu tertentu mengatasi kepentingan parti. Lebih malang apabila ada pihak yang boleh dianggap sebagai pendamai dalam segala urusan gerak kerja pilihanraya menjadikan ahlinya hilang kewala'an kepada pimpinan kawasan.
DPPKS MENOLAK sepenuhnya andai AJK PAS Pusat saudara Zulkefly Mohamad Omar dicalonkan semula oleh PAS Pusat untuk bertanding di DUN Lenggeng. Asasnya mudah iaitu beliau tidak diterima oleh responden kajian yang telah dibuat. Beliau tiga kali kalah semenjak PRU-10 dan juga kalah pada pilihanraya kecil Bagan Pinang. Beliau juga ditolak pengundi di lokaliti sendiri.
DPPKS kekal dengan pendirian bahawa Calon Tengah adalah calon terbaik pilihan responden. DPPKS berlapang dada menerima sesiapa sahaja calon yang difikirkan layak mewakli Calon Tengah. Pemilihan saudara Zakaria Sheikh Othman adalah berdasarkan pilihan yang terbaik setakat ini mengikut pandangan DPPKS.
DPPKS merayu marilah sama-sama kita bersatu memenangkan Islam. Bersama meraikan pandangan ahli-ahli. Bekerja memenangkan PAS untuk menawan Negeri Sembilan. Bersama membawa harapan rakyat untuk menjatuhkan rejim Barisan Nasional!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved