Ahad, 19 Mei 2013

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Hasan Ali Tercicir Dari Perjuangan - PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 25 Apr 2013 05:03 AM PDT

Block D Sawah Sempadan, 24 Apr    :    Rakyat di Tanjong Karang diminta tidak terpengaruh dengan ucapan yang telah 20130424_231256disampaikan oleh Presiden Jalur Tiga (JATI), Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Selangor  yang baru-baru ini datang memberikan ceramahnya di kampong ini, kata bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Dr Hasan, katanya, adalah tergolong dari kalangan orang yang tergelincir daripada perjuangan, kerana tidak sabar dalam mengharungi gelora di dalam bahtera perjuangan.

"Jika kita berada di dalam sebuah bahtera yang sedang belayar di tengah lautan, kita jangan pula cuba untuk menebuk kapal tersebut kerana bukan sahaja orang yang berada didalam kapal akan tenggelam tetapi orang yang menebuk kapal tersebut juga akan  turut tenggelam", katanya lagi.

Saya difahamkan, semasa beliau berceramah di kampong ini, beliau telah meminta supaya orang ramai tidak memberikan undi satu pun kepada calon PAS yang akan bertanding di DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, sedangkan semasa Dr Hasan, bertanding di DUN Sungai Burong pada tahun 1999, Ustaz Judi lah yang telah bertungkus lumus untuk memenangka20130424_231235n Dr Hasan Ali sehingga Berjaya menjadi ADUN Sungai Burong selama sepenggal, katanya lagi yang juga bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang.

"Bahkan, saya difahamkan juga, Ustaz Judi, yang semasa itu menjadi Guru Besar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit Serong turut dipindahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mengajar di SRA Taman Medan, Petaling Jaya selama beberapa tahun",  katanya lagi.

Kita lihat sekarang, ujarnya, sebaik sahaja beliau meninggalkan PAS, siapa yang menjadi pengikutnya, tidak ada kecuali dua orang iaitu bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri dan bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor (BPPNS) Norman Toha.

Sedangkan kedua-duanya ini adalah merupakan pimpinan PAS Selangor yang bermasaalah semasa memimpin PAS Selangor, Ustaz Hassan Basri, penah digugurkan sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor oleh Dr Hasan sendiri selaku Pesuruhjaya PAS Selangor pada waktu itu, kerana menurut Dr Hasan, Hassan Basri tidak boleh membuat kerja hanya tahu berkata-kata sahaja, kata beliau lagi.

Begitu juga  dengan,Norman Toha, yang terpaksa diturunkan daripada jawatannya sebagai Setiausaha BPPNS kerana beberapa masaalah. Sekarang orang-orang inilah yang mengelilingi beliau dalam JATI sekarang, katanya lagi yang juga bekas Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Beliau berkata demikian sewaktu berceramah di Markaz PAS Block C Sawah Sempadan bersama-sama bekas Imam Masjid Sultan Ibrahim Kuala Selangor, Ustaz Mohd Ashraf Suarin Al Hafiz dan calon P095 Tanjong Karang, Drs Mohamad Rashdi Deraman dan calon N08 Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads