ads

Ahad, 19 Mei 2013

12 di semenyih - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di semenyih - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Pecah Undi <b>di Semenyih</b>, Kota Damansara dan Sungai <b>...</b>

Posted: 07 May 2013 04:14 AM PDT

 


SHAH ALAM 7 Mei: KEADILAN sama sekali tidak menyalahkan PAS berhubung pertindihan kerusi di Kota Damansara, kata Pengerusi KEADILAN Selangor, Azmin Ali.
Katanya, Pakatan sebaliknya perlu terus melangkah ke hadapan dan menumpukan kekuatan untuk berhadapan dengan BN.
"KEADILAN tidak tuding jari dan hormati masalah ketika itu. Penjelasan Khalid (Samad) menunjukkan sikap keterbukaan dan semangat Pakatan. Kita hargainya.
"KEADILAN bersama DAP dan PAS tidak toleh ke belakang. Bagi KEADILAN Selangor dan Pusat, saya hargai kenyataan Khalid (mengenai) sedikit masalah salah faham di Kota Damansara dan Semenyih," katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam di sini.
Terdahulu dalam sidang media sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata, calon KEADILAN berhak menang di kerusi DUN Kota Damansara jika calon PAS menarik diri.
"Calon PAS yang diarahkan tarik diri. Tapi hingga saat akhir enggan tarik diri sehingga Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali terpaksa turun berceramah di situ dan umum calon KEADILAN adalah calon rasmi Pakatan," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.
Dalam PRU ke-13 calon BN, Halimaton Saadiah Bohan menang dengan 16,387 undi, manakala calon KEADILAN, Mohd Nasir Hashim menerima 14,860 undi dan calon PAS, Ridzuan Ismail, 7,312 undi.
Kata Khalid, kejadian pecahan undi di Semenyih, Kota Damansara dan Sungai Acheh memberi pengajaran kepada calon Pakatan supaya tidak besar kepala dan terlalu yakin sehingga mengkhianati amanah rakyat.
Sehubungan itu katanya, PAS Selangor akan menghantar laporan kepada PAS Pusat bagi menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap insiden berkenaan.
Pilihan raya umum kali ini menunjukkan Pakatan Selangor berjaya mendapat dua pertiga majoriti dengan KEADILAN menang 14 kerusi, DAP (15) dan PAS (15).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved