Selasa, 10 September 2013

12 di balakong - Google Blog Search

12 di balakong - Google Blog Search


Servis Kereta <b>Di</b> Pusat Servis Perodua <b>Balakong</b> - Hazmin Hamudin

Posted: 02 Sep 2013 05:32 PM PDT

Perodua Balakong

Servis Kereta Di Pusat Servis Perodua Balakong. Hari tu dapat SMS daripada Perodua dah tiba masa untuk servis kereta untuk kali yang kedua. Pusat Servis Perodua yang menjadi pilihan aku sudah semestinya Pusat Servis Perodua Balakong. Macam biasalah kalau nak hantar servis kereta mesti buat temu janji untuk memudahkan urusan. Aku call untuk buat temu janji pada hari Jumaat (23 Ogos 2013) pukul 2.30 petang.

Apabila dah sampai Pusat Servis Perodua Balakong tu macam biasalah kena serahkan buku servis di kaunter dan selepas itu tunggu nama kita dipanggil. Selepas nama dipanggil, part ni la yang korang kena pandai supaya tidak diambil kesempatan oleh sales advisor di kaunter tu. Diorang sudah pastinya suruh korang tukar itu dan ini untuk kaut keuntungan. Untuk pengetahuan korang, servis untuk kali kedua ni korang hanya perlu tukar minyak hitam dan oil filter sahaja dan bil keseluruhan untuk servis adalah RM0.00. Jadi jangan terpedaya kalau diorang tawarkan tukar itu ini.

Perodua Balakong (2)

Kalau korang dah buat temu janji, no plat kereta korang akan diletakkan di senarai pelanggan vip mengikut slot masa yang telah dipilih. Kalau dah buat temu janji tu tempoh masa untuk servis adalah lebih kurang satu jam. Tapi kalau walk in je, memang berjam la kena tunggu. Itupun kalau ada slot yang kosong. Jadi lebih baik buat temu janji sebelum hantar servis kereta.

Perodua Balakong (3)

Sementara menunggu tu bolehlah minum air yang disediakan khas untuk pelanggan. Air yang disediakan pada hari tu adalah air milo. Masa servis kali pertama, air white coffee. Ingatkan air yang sama lagi. Rupanya air yang disediakan oleh pihak Perodua sentiasa bertukar-tukar. Biskutpun ada juga disediakan.

Perodua Balakong (4)

Inilah kawasan di mana kereta akan diservis. Kalau dilihat, memang kawasan servis Perodua Balakong ni sangat bersih. Rasanya susah nak nampak tumpahan minyak hitam dekat lantai. Cara mereka buat kerjapun aku tengok sangat teratur. Memang tak risaulah ketika mereka menguruskan kereta untuk diservis.

Apabila kereta dah siap diservis, nama akan dipanggil dan kita akan berurusan di kaunter untuk pembayaran. Tapi macam aku semuanya RM0.00. Semuanya PERCUMA ok. Yela, sekarangkan Perodua tawarkan servis percuma untuk tiga tahun (untuk minyak hitam dan oil filter).

Kalau korang yang berada di kawasan berhampiran tu bolehlah cuba servis dekat Pusat Servis Perodua Balakong ni. Setakat dua kali aku pergi ni memang puas hatilah. Dalam masa sejam kereta dah siap diservis. Tempat menunggupun memang sangat selesa dan luas. Kalau korang ada pengalaman di tempat lain, bolehlah kongsi di sini ye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads