ads

Selasa, 10 September 2013

12 di petaling jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di petaling jaya - Google Blog Search


GANGGUAN PREMIS KARAOKE TERBUKA <b>DI PETALING JAYA</b>

Posted: 03 Sep 2013 11:43 PM PDT

As Salam. 
Saya memohon jasabaik tuan untuk membantu kami, penduduk PPRT TAMAN PUTRA DAMAI, LEMBAH SUBANG, 47301 PJ. lokasi yang tepat,  antara blok H dan blok G.  Sejak
awal tahun, telah didirikan pondok berkaraoke dan aktiviti bermula pada  9 malam  hingga 12 malam, setiap hari.
Oleh kerana PPRT ini di bawah seliaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, MBPJ, banyak aduan telah diajukan oleh penduduk berkaitan karaoke terbabit tetapi tidak diendahkan langsung oleh MBPJ. Setelah aduan tidak dihiraukan, saya telah memajukan aduan kepada Biro Pengaduan Awam, juga tidak dihiraukan kerana tidak tahan dengan bunyi bising pada setiap malam, saya telah mengadu kepada YB HALIMAH ALI, EXCO SELANGOR, juga tidak dihiraukan dan beliau menyuruh saya mengadu kepada MBPJ. Saya memberitahu YB HALIMAH bahawa saya pernah berbuat demikian hingga kini tiada respon daripada YB HALIMAH. 
Seorang warga emas telah ke JABATAN PERUMAHAN NEGARA untuk membuat aduan. Mereka memaklumkan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa apa. Laporan polis di Ara Damansara juga telah dibuat atas sebab mengganggu ketenteraman penduduk. Difahamkan pusat karaoke itu dimiliki oleh individu pemegang dokumen  penduduk tetap. Ia dinaungi oleh Ahli Majlis bahagian Petaling Jaya.  Pernah beberapa kali diadakan pertandingan karaoke dan dirasmikan oleh Ahli Majlis tersebut. Lesen pun ada. hairan, karaoke di kawasan perumahan dan tempat terbuka. 
Bagaimanakah boleh diluluskan?
Kepada siapakah lagi kami perlu meminta bantuan? Saya amat berharap dengan kenalan yang tuan ada, sudilah kiranya tuan membantu kami. Robohkan gerai karaoke itu. Jasa baik tuan membantu kami, Allah jua yang mampu membalasnya. Saya erdoa semoga Allah melorongkan tuan, memudahkah tuan utk membantu kami. Buatlah liputan atau apa sahaja, kami alu-alukan. semoga Allah merahmati tuan.

Journalis Maya : UglyDuckling

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved