ads

Rabu, 11 September 2013

12 di kuala kubu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di kuala kubu</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Aug 2013 11:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Berkelah <b>Di</b> Sungai Chilling, <b>Kuala Kubu</b> Baru - UzairOthman.com

Posted: 10 Jun 2013 11:25 PM PDT

20130608_084619

Sabtu yang lalu, saya bersama rakan-rakan campus berkelah di Sungai Chilling, Kuala kubu baru, Selangor. Lokasi yang terletak berhampiran dengan Bukit Fraser ini mengambil masa perjalanan selama 2 jam dari Kajang. Ketika di perjalanan, kami sempat singgah di empangan Sg.Pertak dimana lokasinya yang cantik dan udara yang nyaman.

20130608_094423

kemudian kami meneruskan perjalanan ke Bukit Fraser untuk sarapan pagi dan mengambil gambar kenangan disini.

20130608_094756

sempat juga saya membeli cenderamata disini dan harganya pun murah

20130608_102629

Setelah itu, saya singgah pula di padang golf mini di bukit fraser ini yang terletak betul-betul di belakang food court bukit fraser dan juga bersebelahan taman permainan. Harga nak main mini golf ini adalah RM 6 iaitu anda akan mendapat sebatan kayu golf dan sebiji bola golf.

20130608_103219

Inilah aksi saya ketika bermain mini golf disini..sangat best permainan ini.

20130608_112113

Sebelum meninggalkan bukit fraser, kami sempat bergambar di jambatan gantung ini dimana menghubungkan sempadan selangor dan pahang. untuk ke sungai chilling, kami perlu menuruni bukit fraser dan menghala ke kuala kubu baru.

20130608_115728

Akhir nya tiba juga di sungai chilling, untuk berkelah atau khemah disini, anda perlu daftar di pejabat ranger hutan.

20130608_121056

Bayaran Masuk :

Harga untuk seorang : RM 1.00

Harga tapak kheman (6 orang) : RM 4.00

Deposit : RM 100 dan akan dipulangkan ketika ingin pulang.

20130608_123106

setelah daftar, kami pun memasang khemah, dan berehat sebentar di dalam khemah.

20130608_135151

Berhampiran tapakh perkhemahan, ia begitu hampir dengan pejabat ranger. jadi tak perlu takut kerana waktu malam disini bercahaya.

20130608_135210

terdapat juga gerai dan surau serta tandas untuk kegunaan pengunjung.

20130608_135243

Inilah peta sungai chilling, disini terdapat air terjun yang cantik untuk anda mengambil gambar. Dari tempat parking kereta ke tapak perkhemahan, anda perlu berjalan kaki selama 15 minit. Dari tapak perkhemahan ke air terjun, anda perlu meredah hutan selama 45 minit untuk sampai ke air terjun. Nampak dalam peta macam dekat. tapi bila dah mula berjalan, memang pancit la..

20130608_153151

Di belakang saya itulah air terjun sungai chilling, memang ramai orang camping kat sini. jadi anda pun patut datang ke sini juga untuk mencuba sendiri melihat keindahan alam. di sungai ini juga terdapat banyak ikan kelah dan anda tidak boleh memancing atau pun menangkapnya. Boleh kene denda dan penjara jika bawa balik ikan kelah tersebut.

20130608_153408

kalau berani, boleh la terjun dari atas tu..saya memang tak berani la..sebab tinggi air terjun ini 50 meter..memang seram ooo..

20130608_183904_1

setelah penat berjalan, tiba la masa untuk BBQ , makan sepuas-puasnya dan berehat. keesokkannya kami pulang seawal pagi dan jangan lupa ambil semula duit deposit yang anda telah bayar di pejabat ranger tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

La-TaHZaN: rumah ehsan <b>kuala kubu</b> bharu

Posted: 05 Aug 2013 05:13 PM PDT

1 julai 2012, staf e2L ke rumah orang-orang tua di kuala kubu dengan menaiki bas bersama-sama dengan pack food kami. hehe teringat tlc, mesti naik bas pastu ada makanan. x pun, naik bot dengan makanan. hee. tp kali ni nak pergi rumah orang-orang tua, selalu sy hanya ke rumah kanak-kanak. tp specialnya hari ni, kita ke rumah orang tua pula.

perjalanan dengan menaiki bas biasalah sedikit slow. tambah pula perjalanan yg sedikit hodoh dan berbukit bukit pula tu. membuatkan perjalanan smp lambat. pukul 10 macam tu baru sampai. sesampai saja, kita turunkan barang2 yg dibawa seperti kerusi roda, kerusi mandi, pampers dll. kemudian terus menuju dewan. mendengar ucapan ringkas pengetua. satu statement yg menarik minat sy adalah kata pn warga tua kat sini semua macam bayi. diorang mula pakai pampers, dimandikan dan disuapkan. sama macam kita bayi2 dulu.

selesai mendengar ucapan beliau, kami pun menikmati hidangan minum pagi. rezeki berbaloi-baloi sebab rumah ehsan pun sediakan makanan untuk kami. terbaik. selesai makan2, kami pun ke wing yang telah diagihkan. kami dapat pacik2 yang separa sihat la. apa yang kami buat di sana? ada cubaan nak menyanyikan lagu dan menari bersama mereka. kemudian ia diteruskan dengan tugasan memotong kuku. sesungguhnya tiada apa yang memberatkan untuk kami menolong mereka. cuma ada sesetengah dari mereka kurang senang dengan kehadiran kami, justeru itu, kami tidak memanfaatkan masa yang lama di dalam bilik tersebut atas sebab menghormati perasaan mereka.

bagi kawan2 lain, ada yang buat mural, berborak, mendengar luahan hati pacik n macik di sana termasuklah menyuapkan makanan. kebetulan masa kami berada adalah masa makan tengah hari mereka. sayu juga melihat mereka. ada yang sihat, ada yang tidak berapa sihat dan ada juga yang hanya terlantar di atas katil. apa yang kami boleh lakukan hanyalah mengembirakan mereka sementara kami masih ada di sini.

sekitar pukul 12 tgh hari, kami menikmati hidangan makan tengah hari, membeli beberapa barang kenangan dan bergerak semula ke opis kami. perjalanan pulang tidak semeriah perjalanan pergi. mungkin kerana keletihan dan kebanyakannya tidur. hehehe. terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan program lawatan ini. semangat kesukarelaan yang kita cari!!!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved