ads

Rabu, 11 September 2013

12 di port klang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di port klang - Google Blog Search


Jom Mancing Bersama <b>Di Port Klang</b>: Tugasan 30 hari, berakhir <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2013 10:30 AM PDT

Salam kepada semua pemancing di luar sana, terima kasih kerana masih sudi melawat blog kami. Selamat hari raya dan selamat hari merdeka yang baru saja lepas. Kepada semua yang masih panas dengan jamuan rumah terbuka, pastikan anda makan dengan sihat. Setelah hampir sebulan berada di laut, akhirnya tugasan 30 hari berakhir sudah. Cabaran demi cabaran berjaya ditempuh dan banyak pengalaman baru dapat dipelajari. Berikut antara gambar yang sempat dirakam ketika tugasan dijalankan.

Selama 30 hari, kami ditugaskan untuk menjaga peralatan penyelidikan yang diletakkan di dasar laut di kawasan Tjg Rhu, Pulau Carey. Peralatan tersebut di letakkan di 3 lokasi berlainan berdasarkan koordinat yang telah ditanda. Seramai 7 orang anggota dan 2 buah bot terlibat dalam tugasan tersebut selama 24 jam sehari. Kerja dibahagikan mengikut shif dan bahagian masing-masing. Oleh kerana tugasan memakan masa yang panjang, kami terpaksa berkampung berdekatan dengan lokasi tugasan di Angler Resort, Pulau Indah. Khemah terpaksa didirikan kerana chalet yang ada berjauhan dengan kawasan bot berlabuh. Manakala jeti yang ada, tidak sesuai kerana berada di kawasan terbuka dan terdedah kepada ancaman cuaca buruk.

Petugas yang terlibat ketika peralatan diturunkan ke dalam air bagi menurunkan alat ke 3. Alat ini dipasangkan di bawah pelampung boya dan diikat untuk mengelakan ia beralih dari kedudukan asal. Semua kerja tersebut dilakukan 2 penyelam khas.
Antara yang terlibat dalam tugasan ini ialah Eboi selaku Pilot 2..

 Abg Emi, Pilot 3.. Acid untuk tugasan darat..

 Nizam dan Along juga tugasan darat dan pembantu..
 GenSet ketika kami mula sampai di lokasi yang digunakan bagi menjana kuasa elektrik. Namun penggunaannya dihentikan apabila kami berjaya menyambung bekalan dari wayar utama dari resort. Ini diperlukan bagi menghidupkan lampu, telefon dan radioset.  Kawasan tapak khemah utama berada di dalam kawasan resort di bahagian yang terlindung dari angin kencang. Namun kehadiran angin yang tidak menentu, kadangkala tidak dapat dijangka. Selama bertugas, sebanyak 3 kali kami dibadai angin kencang yang merosakkan peralatan yang dibawa. Ini termasuklah khemah koyak, patah dan kerosakan peralatan elektrik. Walaupun begitu, semangat kental dan keberanian mengatasi semuanya. Ketika ribut kencang, tiada apa yang dapat kami lakukan selain dari bertahan di dalam khemah bagi mengelakkan ia terbang di bawa angin. Saya juga mengalami pengalaman yang sama apabila terpaksa bertahan dalam khemah bersama air hujan yang bertakung selama hampir 4 jam.
Meja makan yang sentiasa penuh dengan peralatan..

Dapur mudah alih untuk memasak, namun penggunaannya di tukar kepada dapur gas biasa memandangkan kos yang lebih efektif.

 Antara lokasi alat tersebut berada di bawah boya ini..

Pandangan pada waktu siang ketika arus tenang. 


Di atas, penyelam yang bertugas meletakkan peralatan di dasar laut. Ketika kerja selaman dilakukan, jarak selamat antara bot dan kawasan penyelam adalah 25 meter. Bot akan menunggu dalam jarak tersebut membelakangi arus dan buih penyelam. Bendera biru/putih dikibarkan bagi menandakan adanya kerja selaman dilakukan di kawasan tersebut. Petugas yang berada di atas harus menghalang segala pergerakan bot yang lalu lalang berdekatan supaya tidak membahayakan petugas yang sedang menyelam. Namun begitu terdapat juga kapal besar yang masih melalui kawasan tersebut walaupun bendera telah dikibarkan.
 Pelampung khas bagi mengapungkan peralatan yang telah diletakkan selama 15 hari. Berat peralatan yang mencecah 150kg setiap satu menjadikan tugasan ini begitu mencabar. Pasukan penyelam khas terpaksa digunakan bagi memasang sauh dan meletakkan peralatan di dasar laut. Dalam kes ini, salah satu sauh terpaksa di potong setelah usaha menarik peralatan ke atas gagal. Sauh tidak berjaya dinaikkan. Keputusan pantas untuk memotong tali, menyelamatkan peralatan tersebut.  Bot 2 yang membantu membawa peralatan selam bagi mengurangkan beban pada bot 1. Namun penggunaan bot ini bagi tugasan memantau begitu efektif untuk penjimatan minyak dan masa. Enjin 30hp ini telah ditukar kepada kipas keluli berikutan kipas lama telah bengkok. Penggunaan kipas keluli berjaya menambah kelajuan bot ini dan mengurangkan penggunaan minyak. Namun risiko berhadapan ombak besar amatlah tinggi. Stuktur bot yang kurang kukuh dan saiz yang kecil kadangkala membimbangkan kami. Maklumlah, di kawasan laut terbuka seperti ini, saiz ombak dan alun biasanya besar dan merbahaya kepada bot kecil. Semuanya dapat diatasi dengan izin Allah dan pengalaman pilot yang telah membiasakan diri dengan kawasan ini.  Malang tidak berbau.. Ketika ribut membadai, salah satu bot kami telah bocor akibat terkena batu dan berjaya dikesan oleh Eboi. Hal ini disedari ketika bot membawa muatan 4 orang dan peralatan selam ke lokasi tugasan. Air telah memasuki bot melalui lunas hadapan yang pecah. Oleh yang demikian, kerosakan perlu di baikpulih secepat mungkin bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku. Dengan bantuan Acid dan Nizam, bot telah dibawa naik ke pantai dan kerosakan di baikpulih.
 Enjin di tanggalkan dari bot supaya bot boleh diterbalikkan.

 Untuk itu, teritip dibersihkan dan semua lumut di cuci bagi memudahkan kerja menampal dan mengecat semula.  Kerja menanggalkan teritip menggunakan scrap di tengah panas terik terpaksa dilakukan dengan pantas supaya kerja menampal dan mengecat dapat disiapkan sebelum air naik pasang semula.  Antara kebocoran besar pada haluan depan dan telah ditampal semula dengan kain fiber dan gam..
Kain fiber di gunakan bagi kerja menampal kebocoran.
Keretakan pada bahagian belakang hanya disedari Acid selepas bot diterbalikkan. Sehari sebelumnya, seringkali saya terlihat air keluar dari lubang yang terdapat di bahagian belakang. Rupanya inilah punca air tersebut. Retak sejengkal di sebabkan hentakkan enjin ketika bot mencapai kelajuan maksima. Muatan berat yang dibawa juga antara sebab yang menyumbang kepada keretakan ini. Setelah semua kebocoran ditampal semula, cat disapukan bagi menggantikan cat lama yang telah di tanggalkan. Cat khas untuk sampan digunakan hanya pada bahagian bawah saja. Cat ini terdapat dalam tin 1 liter boleh dibeli di kedai kayu yang ada menjualnya. Cat dicampurkan bersama gam fiberglass dan sedikit pengeras(hardener) supaya lebih cepat kering dan keras. Oleh kerana cat cepat kering, cat terpaksa disapu dengan pantas dan cepat sebelum keras di dalam bekas. Berus cat juga hanya boleh digunakan sekali saja sebelum menjadi keras. Ini ada 1 tips untuk anda yang menggunakan cat seperti ini, jika mahu menggunakan berus tersebut sekali lagi, rendam berus cat ke dalam minyak hitam sebelum ia mengeras.  Tugasan mengambil contoh tanah dan air adalah rutin harian kami. Tugasan ini memang berat dan memenatkan apatah lagi jika kawasan tersebut mempunyai kedalaman 20 meter dan lebih. Namun dedikasi dan ketekunan pada tugas yang diamanahkan perlu dilakukan dengan baik. Gambar ini ketika contoh tanah di kawasan cetek kurang dari 1 meter. Kecekapan pilot mengagak ketibaan ombak besar amat diperlukan untuk mengelak bot terbalik atau tersangkut di beting pasir.  Enjin kadangkala terpaksa dinaikkan sedikit bagi mengelakkan tersangkut dan menyebabkan kerosakan pada kipas. Untungnya menggunakan jek manual seperti ini ialah, enjin boleh diselaraskan dengan kedalaman air dengan syarat, lubang pam air tidak melepasi permukaan air. Manakala air dari sistem penyejuk mesti sentiasa mengalir.
Hari terakhir ketika alat di dinaikkan. Juruselam khas akan turun ke dalam air untuk melepaskan ikatan manakala yang berada di atas perlu menarik kabel dari atas. Sebelum itu, alat tersebut di ikat dengan tali supaya keselamatan terjamin jika terjatuh. Semua langkah berjaga-jaga terpaksa diambil, berikutan ombak yang tidak menentu di kawasan ini. Walaupun kerja berisiko tinggi, mereka ni masih mampu bergelak ketawa untuk menghilangkan penat. Saya juga sentiasa terhibur dengan kerenah para petugas selaman yang begitu santai dan sporting. Pada akhir selaman, seekor ikan Lumba-Lumba besar berenang menghampiri kawasan menyelam, mengejutkan kami. Banyak ilmu baru yang dapat kami pelajari dari kerja yang mereka lakukan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved