ads

Sabtu, 30 November 2013

12 di bangi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Nasi Ambeng Rahsia Kopitiam <b>di</b> Bandar Baru <b>Bangi</b>

Posted: 18 Nov 2013 09:30 PM PST



Assalammualaikum kengkawan

Hari tu ntah kenapa rasa nak makan nasi briyani gam plak.  Biasa le tengah tension2 ni daku mmg salu nak cari makanan best2 punya.  Tapi apalah malang tutup plak, mungkin hari yg sy pergi tu kebetulan tutup kot.  Tiba2 sy terpandang restoren kat depan ni ada jual nasi ambeng.  Sy bukanlah orang johor tapi pernah le jgk makan nasi ambeng ni.

Bila ingat nasi ambeng ini tingat masa mula2 kawin dulu, bila teringat balik rasa lucu pun ada. Masa tu dia blik rumah beli nasi ambeng (sebelum tu hubby ada msg bgtau dia beli nasi ambeng, jadi daku pun xmasak) tuk berbuka posa tuk dia sorang jek, kesian kat daku.  Skrg ni hubby rajin belikan bekfas setiap hujung minggu, kadang nasi lemak kadang nasi kerabu.  Syukur alhamdulilah.....

Selain nasi ambeng, ada jugak menu makanan johor dijual iaiitu kacang pool dll.  Sy pun tak berapa nak ingat.  Kedai dia best le ala2 kopitiam yang santai, pekerja dia pun ramah.  Nasi ambeng ni oklah rasanya.  Sedap le jgk dari yang biasa sy beli kat pasar malam.  Cuma sy bkn le peminat nasi ambeng ni, boleh ler g makan sekali sekala.

Nak cari nyer mudah saja.  Keluar tol bangi, ambik jam 12, akan nampak stesen minyak Petronas kat belah kanan.  Kedai ni kat area belakang petronas tu le.  Deretan depan tu ada nampak kedai dobi kan?.  Haaaa..kedai ni kat belakang kedai dobi tuh jek.  Kedai dobi ni pun salu jgk sy antar baju, murah dan cepat servis nyer.  Sekarang area situ ada Bangi Gateway baru bukak.  Hari tu dah pergi makan kat Secret Recipe dah kat situ, tak banyak lagi kedai bukak tapi ada pasaraya dah bukak kat sana. Kejap lagi dah jem le tuh tempat tuh.






Kemalangan Ngeri Ragut Nyawa 4 Beranak <b>Di Bangi</b> | ! Erti <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2013 06:20 PM PDT


Kemalangan ngeri diteras jernang yang berlaku pagi semalam telah meragut nyawa seorang emak bersama dengan 3 anaknya..apa yang menyedihkan ialah mangsa kemalangan merupakan isteri kepada Ustaz yang pernah mengajar gua masa sekolah rendah dulu di SMKBBB =(

Ustazah Rohaya merupakan ustazah di sek jalan 2 Bandar Baru Bangi menaiki kancil terlibat dalam kemalagan ngeri dengan lori di kawasan teras jernang bangi lama pagi semalam . Isteri dan 3 anaknya meninggal dunia. Satu masih dirawat dihospital, mengikut sumber lain isteri sedang mengandung anak ke 8.

Difahamkan, ketika kejadian Ustazah Rohaya yang memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya itu dalam perjalanan dari Bangi ke Kajang dipercayai mahu menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang, sebelum terbabas dan melanggar lori dari arah bertentangan.

Tiga anaknya, Nur Nabila Al-Huda, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1. Rohaya dan tiga anaknya itu maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan kini masih dirawat di Hospital Kajang.


Gua dapat berita pun melalui kawan sekolah rendah dulu...,hurm...,

Ya Allah tenangnya ustaz taufiq menunaikan solat terakhir buat isteri dan anak-anaknya..,begitu tabah dan kuat jiwa Ustaz menghadapi dugaan semua ini.., sayu je hati tengok wajah uztas bersama anaknya berbaju kuning
Gambar kenangan Ustaz taufiq bersama dengan Isteri dan anak-anaknya...

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada untuk Isteri dan anak-anaknya...


p/s : walaupun mungkin ustaz tak ingat saya lagi tapi saya sebagai anak murid tetap ingat ustaz yang sporting..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved