ads

Sabtu, 30 November 2013

12 di kapar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kapar - Google Blog Search


DUNIA ITU: Mayat wanita kepala berlubang ditemui <b>di Kapar</b>

Posted: 05 Sep 2013 05:22 AM PDT

KLANG 4 Sept. - Mayat seorang wanita dengan kesan lubang di atas kepalanya ditemui di sebalik timbunan daun serta atap asbestos di tempat pembuangan sampah di Batu 10 (Kilometer 16), Kapar hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukur Sulong berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an dan memakai baju tidur itu ditemui dalam keadaan terlentang.

"Polis percaya mangsa mungkin rakyat asing kerana tiada kesan suntikan BCG pada bahu kirinya. Bagaimanapun siasatan masih dilakukan untuk mengetahui identitinya," katanya ketika ditemui hari ini.

Mohd. Shukur berkata, siasatan pihaknya juga percaya mangsa mati antara tiga hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan fizikal dan bau mayat.

Tambah beliau, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, katanya. - UTUSAN ONLINE

4 Sep 2013

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved