Selasa, 27 Mei 2014

12 di cheras - Google Blog Search

12 di cheras - Google Blog Search


Gambar Kemalangan Ngeri Jalan <b>Cheras</b> KL 23 Mei 2014 <b>...</b>

Posted: 23 May 2014 08:02 AM PDT

Gambar kemalangan ngeri di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin, KL pada 23 Mei 2014. Kemalangan yang menyayat hati ini telah mendapat tumpuan orang ramai menerusi laman sosial kerana pasangan suami isteri yang maut tersebut telah meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Malah, pasangan itu ditemui mati dalam keadaan mengerikan dimana badan dan kepala hancur digilis lori. Menerusi pemantuan pihak kami di laman sosial, ramai rakyat Malaysia yang prihatin telah memberikan bantuan dari segi kewangan dan sokongan kepada lima adik beradik terbabit yang kini bergelar Yatim Piatu.

anak
Nama Mangsa Maut Kemalangan Ngeri Jalan Cheras KL 23 Mei 2014

  1. Jefri Mohd Zain, 46 (Suami)
  2. Noorsalawati Ibrahim, 40 ( Isteri)

Gambar Sayu Lima Anak Mangsa

kemalangan 1

Laporan Rasmi Kemalangan Ngeri Jalan Cheras KL 23 Mei 2014

Insiden yang berlaku pada jam 8 pagi Jumaat telah menyebabkan mangsa Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, maut di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin. Menurut saksi, motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabas dan menyebabkan pasangan terbabit tercampak sebelum lori yang mengekori dari arah belakang mengilis badan dan kepala mangsa. Bagaimanapun, lori berkenaan terus meninggalkan tempat kejadian. Pasangan yang bekerja sebagai juruteknik mesin fotostat dan pekerja kilang itu meninggalkan lima anak yang masih kecil dan bersekolah.

Gambar Kemalangan Ngeri Jalan Cheras KL 23 Mei 2014

maut

maut

mayat

mayat-2

Jenazah Pasangan Suami Isteri Selamat Dikebumikan

Jenazah pasangan suami isteri iaitu arwah Jefri dan Noorsalawati telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Sungkai, Perak.

kebumi

Info Tambahan

Bagi yang ingin menziarahi atau menyalurkan sumbangan boleh terus ke kediaman keluarga mangsa di 3-2-18 Blok 3, Jalan 7/154D, Taman Desa Cheras, Cheras, Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads