ads

Selasa, 27 Mei 2014

12 di kajang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kajang - Google Blog Search


Muslim Kidszone – Pengisian untuk anak-anak kecil <b>di Kajang</b> <b>...</b>

Posted: 23 May 2014 04:26 PM PDT

Kidszone ISMA Kajang
KAJANG, 23 Mei – Kelab Anak Hebat Cawangan Kajang (NAZIM KAJANG) dengan kerjasama Surau Al-Hidayah Taman Bukit Kajang Baru telah menganjurkan program Muslim Kidszone baru-baru ini.

Bertemakan "Cinta Allah, Cinta Islam", program ini dianjurkan untuk mendidik anak-anak supaya mengamalkan Islam dalam seluruh aspek kehidupan di samping merapatkan ukhuwah sesama anak-anak penduduk setempat.

Dua aktiviti utama yang dijalankan ialah Mahmudah Memang Mudah (3M) dan Celik Hadith. Dalam aktiviti 3M, para peserta dikehendaki mencari sifat mahmudah berdasarkan nama mereka. Manakala bagi aktiviti kedua mentadabbur dan menghafaz satu hadis pilihan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, terutama pihak Surau Al-Hidayah.

Diharap program sebegini dapat memperkenalkan NAZIM dan ISMA kepada masyarakat setempat. Semoga ia menjadi titik permulaan kerjasama bagi program-program lain pada masa hadapan.

Atiqah Ahmad Zain
Wartawan ISMAweb

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved