ads

Ahad, 11 Mei 2014

12 di kuala selangor - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala selangor - Google Blog Search


Perjalanan Yeop <b>di Kuala Selangor</b> Bahagian 1 | Ceritaku Di Mana <b>...</b>

Posted: 09 May 2014 05:23 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah yeop sangat bersyukur kepada Allah kerana masih hidup di atas dunia ini.

Baiklah, selepas yeop balik ke rumah abah yeop di Sungai Besar Selangor, yeop telah berada di sana selama hampir 7 hari. 4 hari untuk bercuti rehat pada waktu pejabat, yang lain cuti hujung minggu.

Yeop dah pergi ke Kuala Selangor melalui jalan Teluk Intan – Klang untuk mencari ketenangan dalam hati. Biasalah bukan mudah untuk mendapat cuti rehat sepanjang begini.

Yeop telah singgah ke Bukit Malawati (bukan Melawati), saja jalan-jalan ke tempat tu. Kemudian baru nak ingat nak pergi rumah api yang berada di bukit tu tetapi tutup pula sebab sedang dibaikpulih.

Fakta Bukit Malawati

1. Bukit Malawati terletak di Kuala Selangor, Selangor. Kedudukan Bukit Malawati cukup strategik kerana terletak di kuala Sungai Selangor yang menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia.

2. Bukit Malawati pernah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor iaitu sebelum Sultan Abdul Samad berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.

3. Di atas Bukit Malawati terdapat :

  • Kediaman Pegawai Daerah Kuala Selangor
  • Rumah api
  • Kubu pertahanan
  • Beberapa buah meriam lama
  • Menara tinjau
  • Kereta api mengelilingi Bukit Melawati
  • Makam Sultan dan kerabat diraja
  • Batu pancung
  • Perigi
  • Puluhan ekor lotong

4. Di bahagian bawah pula terdapat :

  • Masjid Kuala Selangor
  • Taman Alam Kuala Selangor
  • Bandar Kuala Selangor
  • pangkalan nelayan Permatang
  • jeti istirahat Kuala Selangor

Dah sampai kasi klik klik klik.

Dah nak balik ke rumah abah yeop tersinggah di Giant Kuala Selangor dan Restoren Dinding Gelas Besar di Tanjung Karang. Sampai di sana fuh penuh (taklah penuh sangat tempat duduk tu, dan yeop pula nak merasa air kelapa di situ.

Di sana macam-macam ada, nak makan tengahari pun ada di sana. Apa yang spesel di restoren tu adalah Coconut Shake Gelas Besar. Harganya kiranya boleh tahan, hanya RM5.00 untuk saiz gelas besar. Sedap sangat air ni. Rasa lemak ada, rasa kelapa parut pun ada. dengan ais krim vanila sebagai hiasan akan menaikkan rasa nak lagi. Apa lagi jomlah cuba di Restoren Dinding Gelas Besar di Tanjung Karang, Selangor.

Kemudian yeop singgah di Sekinchan pula, cadang nak pergi ke pantai di sekitar tempat tu dan yeop sampai di Pantai Redang Sekinchan.  Di sana yeop dapat melenakan diri untuk seketika. Sangat berangin panas-panas meruap dalam badan yeop.

Kemudian yeop baliklah ke rumah abah di Sungai Besar. Alhamdulillah yeop sampai ke rumah dengan selamat.

Ada lagi cerita yeop untuk entri akan datang. Sekian, wassalam.

The following two tabs change content below.
Bekas pengguna Blogger (www.khairilmazri.net) dan kini bertapak di Wordpress. E-melkan ke [email protected] / [email protected] atau klik di Hubungi Saya jika pertanyaan, jemputan event atau review barangan. "Berani Berubah Sebelum Anda Diubah Oleh Seseorang"

Latest posts by Khairil Mazri (see all)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved