ads

Ahad, 11 Mei 2014

12 di rawang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di rawang - Google Blog Search


Pelajar sekolah agama mati dalam pergaduhan dengan rakan <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 30 Apr 2014 05:56 AM PDT

Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan ditumbuk di muka sebanyak tiga kali sebelum mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri dalam kejadian 11 malam itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden

Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat," katanya. – Astro Awani

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved