ads

Ahad, 11 Mei 2014

12 di shah alam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di shah alam - Google Blog Search


Fiza Elite Fail Penceraian <b>Di Shah Alam</b> | Sensasi Selebriti

Posted: 20 Apr 2014 02:24 PM PDT

Fiza Elite Fail Penceraian Di Shah Alam  |  Belum sampai setahun usia rumah tangga mereka tetapi macam-macam dugaan yang telah dilemparkan umum kepada pasangan ini. Tak habis-habis orang dalam industri bercerita tentang rumah tangga yang dibina atas dasar cinta ini sedang dilanda badai.

Syed rasa bukan sekali dua kita mendengar kisah rumah tangga mereka mengalami masalah sebaliknya sudah diperkatakan sejak dulu. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pasangan ini, sejak akhir tahun lalu lagi perkahwinan mereka dikhabarkan menghadapi tekanan.

Syed masih ingat macam-macam cerita yang tersebar kononnya Fiza bergaduh besar dengan Adam. Dan berita tersebut telah dijelaskan secara terperici oleh Fiza untuk menenangkan keadaan ketika orang memberikan tumpuan kepada mereka.

Iyalah apabila cerita rumah tangga sendiri mula diperkatakan, mana boleh duduk diam. Lebih-lebih lagi apabila orang luar lebih tahu apa yang berlaku daripada mereka sendiri.

Tapi baru-baru ini cerita rumah tangga Fiza-Adam sekali lagi diperkatakan apabila ada sumber memberitahu masing-masing semakin kurang persefahaman sehingga membuatkan teman-teman rapat mengetahui masalah sebenar.

Sejauh mana kebenaran tak pula Syed ketahui tetapi khabarnya Fiza ada ke mahkamah pertengahan minggu lalu untuk merujuk masalah rumah tangga ke pejabat agama.

Walaupun pemergian Fiza ke mahkamah tidak diketahui ramai tapi ada sumber yang mendedahkan Fiza dikhabarkan memfailkan penceraian pada hari Rabu lalu di Shah Alam, Selangor.

Cuma sampai sekarang Syed masih tak dapat pastikan sama ada dakwaan memfailkan penceraian itu benar atau Fiza sekadar ke sana mencari penyelesaian kepada isu rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Syed: Ramai geram dengan kenyataan Raja Azmi terhadap isu menutup aurat.  – sumber -

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved