ads

Sabtu, 31 Mei 2014

12 di sabak bernam - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Pemilihan PKR <b>Sabak Bernam Di</b> Warnai "Isyarat Jari Tengah <b>...</b>

Posted: 11 May 2014 10:33 PM PDT

SABAK BERNAM – Proses pemilihan PKR Cabang Sabak Bernam yang bermula kira-kira jam 11 pagi semalam, kecoh dan terpaksa ditangguhkan pada satu tarikh lain akibat provokasi dicetuskan penyokong calon-calon yang bertanding.

Penangguhan pada kira-kira jam 1 tengah hari itu, terpaksa dibuat berikutan berlaku pertikaman lidah dan maki hamun antara satu sama lain hingga hampir mencetuskan pergaduhan antara penyokong calon bertanding.

Dalam kekecohan itu, seorang lelaki dipercayai penyokong salah seorang calon kelihatan cuba bertindak memukul seorang penyokong lain menggunakan kayu, namun berjaya dileraikan ahli lain, manakala kayu itu dirampas anggota polis yang bertugas.

Tidak cukup dengan itu, kekecohan juga turut berlaku dalam kalangan wanita apabila menyaksikan adegan tarik menarik baju antara seorang petugas pemilihan dengan seorang ahli parti.

Meskipun cuba dileraikan, kedua-duanya terus menunjukkan isyarat lucah di antara satu sama lain dari jauh diselangi aksi ludah meludah ke tanah.

Salah seorang calon yang merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari mendakwa, ada calon yang turut berada dalam dewan mengundi dilihat cuba mempengaruhi pengundi.

"Calon tersebut cuba membantu ahli-ahli yang kurang upaya dan buta huruf buang undi (pangkah calon).

"Saya dan dua lagi calon merasakan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku lalu mengadu kepada pegawai pemilihan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kejadian provokasi itu dipercayai berpunca akibat daripada kelemahan dalam sistem pemilihan baharu yang diperkenalkan oleh PKR yang mana pegawai pemilihan tidak mengenali calon-calon bertanding.

"Akibatnya, calon bebas berlegar di dalam dewan sehingga boleh mendekati pengundi," katanya.

Abdul Aziz yang menjadi calon PKR Parlimen Sabak Bernam dalam PRU13 lalu akan ditentang tiga calon lain iaitu Timbalan PKR Cabang Sabak Bernam, Abdul Talib Bujang; bekas Setiausaha Cabang PKR Sabak Bernam, Anuar Mujhir dan seorang pemandu kereta sewa, Abdul Kadir Rashid.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved