ads

Sabtu, 31 Mei 2014

12 di subang jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di subang jaya - Google Blog Search


NOVA LEEZA: RESTORAN MURNI <b>DI SUBANG JAYA</b>

Posted: 25 May 2014 10:28 PM PDT

Pekabar semua. Harap hari ini sihat-sihat hendaknya.
Korang pernah dengar tak nama restoran Murni?.. aku pernah pergi jugak dulu tapi dah lama sangat-sangat dulu .. haritu tiba-tiba aku teringat.. aku cakap dengan husben aku, makanan kat restoran murni ni portion dia besar dan masakannya sedap.
Lepas balik dari Kenduri Kahwin Honey, tiba2 je husben aku ajak pergi cari restoran tu, ala mak mcm ingat ingat lupa la kat mana. Yang aku tahu kat subang ada satu. 
Berpusing-pusing jugak mencari Restoran ni.. seingat aku dulu Restoran ni terletak dekat deretan kedai tepi jalan, dan pengunjung terpaksa menunggu tempat duduk. Macam.. havoc jugak la tempatnya. Bila kami sampai ke jalan yang aku ingat-ingat lupa tu... ehh.. mana pulak perginya restoran ni... adoii!!!... "Biar betul awak ni kat sini? ... klinik Murni adala"... kata suamiku.
Takperla..pakai Waze la. Cuba taip restoran Murni pulak.. kot kot aku yang dah tersilap maklumlah dah tua kan. Erm.. ikut jela waze tu tunjuk kat mana. Memang aku confident masa dalam perjalanan ikut WAZE ke Restoran  tu...membebel-bebel aku dalam kereta "Ini bukan jalan dia la!! Bukan macam ni, mana ada rumah rumah kedai macam ni, dia tepi jalan jela!!" 
"You have reach your destination"....
Aku : "Mana? ni?? ini restoran mamak apa ni.. Murni bukan macam ni..."
Suamiku : "Dah gps kata ni murni... so macam mana ni?"
Aku: " Takperla, dah lapar dah ni.. mamak pun mamak la!.. tak dapat la nak makan Mee Raja!"
Suamiku : "habis tu nak carik lagi ke?"
Aku : "takperla takperla!! mamak pun mamak la... " muka pun masam monyok je..

haha..aku ni memang spesis bebal skit.. nasibla kawin dengan laki aku yang penyabar dan penyayang itu. kikiki
Kami pun turun la kereta...
Bila duduk je kat dalam.. eh eh... "Ni la restoran Murni tu.. ni ha mee Raja.. ni roti dinosour!!" ...

Mesti masa ni laki aku rasa nak penumbuk je muka aku kan. kakaka

Suamiku : Ha.. apa? apa? Restoran mamak?? apa dia?? mamak apa?? dengan nada mengejek
Aku : Yela yela... ni la dia!.... yelah pandai awak carik! tapi dulu bukan kat sini tau!
Suamiku : Haa... apa? apa? mamak? suka makan mamak?....cis tak habis lagi tu
Aku : eh eh.. dah la skit skit dah la...  :p

Ha... rupanya betul la kat sini.. maybe dah pindah sebab tempat lama tu kecik dan tak sesuai. Maklumlah pengunjung kan ramai.

Saya order air ni.. sedap


Besar!!!! banyak pulak tu. Kami kongsi berdua. 
Aku nak order lain tapi laki aku cakap siapa nak makan??

.
..
...
....
.....
So penutupnya saya kongsikan gambar pengantin baru. 
Selamat Pengantin Baru Honey & Pasangan
Semoga cinta sampai ke syurga ya!! Amin!



0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved