ads

Isnin, 10 Oktober 2011

12 di kuala kubu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di kuala kubu - Google Blog Search


“Kepala Hotak Dia Lah! ” – Alloi, Bekas Ahli Max 24:7. | OHBULAN!

Posted: 09 Oct 2011 08:12 PM PDT

Berkaitan dengan kenyataan terbuka pengasas kumpulan Max 24:7 di artikel "Dia Tak Jujur" – Aesar, Pengasas Max 24:7 minggu lepas, OHBULAN! menghubungi Alloi atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Shaari, bekas ahli kumpulan Max 24:7 bagi mendapatkan kepastian yang lebih jelas.

Menurut Alloi, Aesar Mustafa bersikap pengecut kerana tak pernah meminta sebarang penjelasan daripadanya, sebaliknya lebih gemar mendengar kata-kata orang lain.

"Aku dah beritahu Aesar nak minta cuti pada 24 & 25 September sebab memang kena hadiri hari keluarga yang diadakan di Kuala Kubu Baru. Disebabkan sudah minta cuti, jadi tak kisah lah aku nak buat apa pun, kan?

"Pada 24 September 2011, Arrora (kekasih) meminta pertolongan aku untuk hantar dia bagi menghadiri Majlis Amal Seniman Prihatin sempena pembukaan sebuah homestay di Sepang. Bagaimanapun, perkara yang tidak dirancang berlaku pula. Dah alang-alang sampai sana, aku pun turut serta buat aktiviti gotong-royong yang sedang berjalan ketika itu.

"Kelibat aku di sana pun tak lama, lingkungan 1 jam sahaja. Kemudian, aku hantar Arrora ke rumah kawannya di Jalan Duta. Aku pula, terus ke Kuala Kubu Baru untuk majlis hari keluarga," jelas Alloi menceritakan situasi sebenar.

Alloi turut menunjukkan sekeping SMS yang dihantar oleh salah seorang pengurus Max 24:7, iaitu Wan, bertarikh 25 September 2011.

"Pada malam 25 September tu, aku dapat sekeping mesej yang dihantar oleh Wan, salah seorang pengurus Max 24:7 yang memaklumkan penyingkiran aku tanpa sebab tertentu. Aku pun pelik juga.

"Tapi sebab aku malas nak fikir banyak, aku balas mesej tu dengan ucapan terima kasih & minta maaf je. Mesej minta maaf itu turut aku hantar kepada Aesar, tapi dia tak balas apa-apa pun."

Alloi menambah lagi, penyertaannya ke dalam kumpulan Max 24:7 tidak pernah disertakan dengan dokumen kontrak seperti amalan biasa.

"Sepanjang 6 bulan, aku kena ikuti latihan dan persembahan Max 24:7. Tidak ada sebarang dokumen kontrak pun yang aku kena tandatangan. Jadi, di mana letaknya tahap profesional pengurusan Aesar?

"Di awal penyertaan, aku pernah menyuarakan kepada Aesar untuk keluar daripada Max 24:7. Tapi, Aesar tak bagi dan memujuk aku untuk kekal dalam kumpulan. Aku pun okay je lah.

"Tapi, apabila dilayan dengan cara penyingkiran yang tak profesional ni, aku rasa agak terhina juga lah."

Alloi turut menafikan bahawa dirinya seorang yang sukar ditegur seperti yang didakwa oleh Aesar, baru-baru ini

"Ha ha, siapa yang sukar ditegur sebenarnya? Aku atau Aesar? Untuk pengetahuan, aku ni jenis cakap depan-depan. Apa yang tak puas hati cakap direct je. Tapi, Aesar tak pernah tegur atau menyuarakan rasa tak puas hatinya kepada aku.

"Kalau dia nak marah aku, dia akan tinggi suara di depan ahli kumpulan. Tapi, aku tau la dia tujukan kepada aku."

Alloi turut menyelar Aesar kerana melabelkannya sebagai orang yang tidak menghargai peluang.

"Apa? Aku tak hargai dia? Kepala hotak dia lah! Habis, sepanjang 6 bulan aku korbankan masa dan tenaga untuk Max 24:7 tu, apa?

"Kontrak pun tak ada, banyak bunyi lah Aesar ni," tegas Alloi kepada wartawan OHBULAN!, lewat petang Jumaat lepas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved