ads

Isnin, 10 Oktober 2011

12 di sungai panjang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di sungai panjang - Google Blog Search


beritaprima.com » Rumah <b>Panjang di Sungai</b> Kapuas

Posted: 04 Oct 2011 07:39 AM PDT

Jakarta, beritaprima.com  – Rumah panjang atau betang dan lamin adalah rumah adat Suku Dayak yang panjang dan biasanya dibangun di pinggiran sungai. Jika Anda ingin menyaksikan bangunan rumah seperti ini, berkunjunglah ke Sungai Kapuas, Kalimantan Barat.

Rumah panjang terdiri lebih dari 50 ruangan dengan banyak dapur. Rumah ini dihuni oleh beberapa keluarga, termasuk keluarga inti. Bahkan rumah panjang di dataran tinggi sungai Kapuas Putussibau memiliki 54 bilik yang dihuni oleh beberapa keluarga.

Rumah panjang biasanya dibangun di atas tiang setinggi 5 sampai 8 meter seperti panggung dan ada yang panjangnya sampai 186 meter serta lebar 6 meter. Untuk masuk ke dalamnya pun harus melewati anak tangga atau yang dikenal dengan nama tangka.

Uniknya lagi, kondisi rumah ini masih sangat kokoh, meski sudah berumur ribuan tahun. Mau tahu alasannya ? Karena kayu yang dipakai untuk membangun rumah panjang adalah kayu ulin (kayu besi) yang terkenal kuat.

Ada pun rumah panjang lainnya yang tersebar di Kapuas Hulu atau di dataran tinggi Kapuas. Mulai dari Kabupaten Sunge Uluk Apalin, Melapi, Semangkok, Sungai Utik, dan di Kabupaten Bukung.

Suku Dayak merupakan suku asli Kalimantan, pulau besar yang dikenal juga dengan nama Borneo. Suku Dayak di Kalimantan menghuni dataran tinggi, pedalaman hutan, dan di sepanjang pinggiran sungai pulau ini.

Seru juga ya liburan ke rumah panjang !

Item Thumbnail

Full content generated by Get Full RSS.

Rumah <b>Panjang</b> Selat, Ulu <b>Sungai</b> Janting hidup bergelap <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2011 09:46 AM PDT

Rumah Panjang Selat yang dibina hasil gotong-royong para penghuninya masih berdepan masalah bekalan air dan elektrik walaupun telah digunakan sejak lima tahun lalu


SARIKEI 3 Okt. - Ketiadaan kemudahan asas terutamanya bekalan elektrik di Rumah Panjang Selat, Ulu Sungai Janting, dekat sini, ternyata menyukarkan lebih 180 penghuninya melakukan aktiviti pada waktu malam.


Meskipun terletak hanya empat kilometer dari Pekan Bintangor, rumah panjang yang dibina pada 2004 dan siap dua tahun selepas itu, masih bergelap sehingga kini.

Lebih menyedihkan, generasi muda di rumah panjang berkenaan yang rata-ratanya pelajar sekolah tidak dapat mengulang kaji pelajaran dengan selesa pada waktu malam sehingga terpaksa menggunakan pelita atau cahaya lampu kereta di luar rumah.

Tuai rumah, Selat Lai, 47, berkata, pihaknya telah beberapa kali memohon untuk mendapatkan bekalan elektrik di kediaman tersebut, namun sehingga kini belum ada sebarang maklum balas positif.

Beliau berkata, pihaknya juga ada bertanyakan perkara tersebut dengan wakil rakyat dan dimaklumkan permohonan mereka sudah dikemukakan kepada pihak berkaitan namun apabila dirujuk kepada Sarawak Energy Berhad (SEB), mereka memberitahu tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Tuai Rumah sebelum ini, mendiang Nilau Sat sudah memohon untuk mendapatkan elektrik tetapi sehingga kini belum ada sebarang khabar yang menggembirakan.

"Bagi kami, bekalan elektrik itu begitu penting bukan untuk penghuni sahaja bahkan kepada anak-anak yang mahu menelaah pelajaran, mendapatkan maklumat menerusi komputer atau sebagainya supaya mereka tidak lemah dalam pelajaran," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah panjang itu hari ini.

Sebelum ini, Rumah Panjang Selat menjadi tumpuan media selepas dua daripada tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor dari rumah berkenaan telah dihalang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Mereka tidak dibenarkan menduduki UPSR kerana mereka dianggap lemah dan dibimbangi boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah itu.

Selat berkata, rumah panjang 17 pintu dan dibina hasil gotong-royong penduduk juga belum menikmati bekalan air paip ke setiap rumah kecuali saluran paip utama di luar rumah yang dikongsi oleh semua penduduk di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, penduduk di rumah panjang tersebut berterima kasih kepada Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing kerana menghulurkan sumbangan RM250 kepada setiap keluarga untuk membina saluran paip ke rumah masing-masing selain menaik taraf jalan di kampung berkenaan.

"Kita berharap kerajaan dapat mempercepatkan permohonan bekalan elektrik ke rumah panjang ini supaya kami boleh hidup dengan selesa seperti penduduk kampung atau rumah panjang lain," katanya.

- Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved