Rabu, 30 Mei 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Tiga Pimpinan PAS Kawasan Tanjong Karang <b>Di</b> Anugerahkan <b>...</b>

Posted: 21 May 2012 09:30 PM PDT

22 05 2012

Shah Alam, 22 Mei    : Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, yang juga Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, hari ini telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena dengan hari keputeraan Sultan Selangor ke 66 yang disambut pada tahun lepas.

Sebelum bersara, Ustaz Judi adalah merupakan Guru Besar di beberapa buah sekolah antaranya ialah Sekolah Rendah Agama (SRA) Parit Serong, Batu Arang, Blok P dan yang  terakhir di SRA Bukit Belimbing. Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2009 – 2010.

Turut dianugerahkan pingat yang sama ialah Penolong Setiausaha 2 PAS Kawasan, Othman Ngah dan bekas Pengerusi Tetap PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Kamaruddin Morni, yang juga Ketua PAS Cawangan Batu 12 Sungai Burong.

Othman, juga adalah Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Cawangan Kampong Parit 4 dan Setiausaha Masjid At-taufiqiah Parit 4 serta Naib YDP Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SRA Parit 4. Selain itu beliau juga adalah AJK Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit 4 serta Setiausaha Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS).

Manakala Haji Kamaruddin, memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap PAS Kawasan selama 30 tahun sebelum mengundurkan diri dari jawatan tersebut pada tahun 2011 yang lalu.

Pada tahun ini seramai 2 orang telah dianugerahkan Pingat Keberanian Terbilang (PKT), 23 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 21 orang menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC). Seramai 95 orang pula menerima PJK dan 15 orang lagi Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS).

Majlis penyampaian tersebut diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAS) oleh DYMM Sultan Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads