ads

Jumaat, 19 Ogos 2011

12 di bangi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

12 di bangi - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Surau Damai Impian Terbaru <b>Di</b> Bandar Baru <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2011 05:45 PM PDT

Damai Impian, Seksyen 3 Tambahan, BBB, 13 Ramadhan = 13 Ogos (Sabtu):

Sejak Taman Damai Impian dihuni lima tahun yang lepas, penduduk berusaha mendapatkan surau bagi kegiatan ibadat secara jamaah dan kegiatan kemasyarakatan. Pada peringkat permulaan dengan menyewa rumah kediaman. Adun Bangi dapatlah dikatakan setiap Ramadhan berkesempatan menghadiri program Ramadhan surau di sini. Dalam masa yang sama penduduk berusaha mendapatkan tapak tetap bagi mendirikan surau.

Penduduk Damai Impian mempunyai kesepakatan yang tinggi. Antaranya mempunyai kepimpinan setempat seperti Tuan Haji Sufie Munassir sebagai Ketua Persatuan Penduduk yang juga selaku Pengerusi Surau. Beliau juga adalah AJK Persatuan Penduduk Induk Bandar Baru Bangi. Dengan keaktifan dan kedinamikan Persatuan dan Penduduk Damai Impian, maka pada tahun 2010 Persatuan dan penduduk memasuki Pertandingan Kejiranan Sepakat, maka Taman ini memenangi peringkat pertama di bawah anjuran MPKj. Adun dimaklumkan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Tuan Haji Sufi, bahawa kemenangan melayakkan Persatuan Penduduk menerima Gran RM15,000. Dari kewangan ini digunakan sebagai peruntukan asas bagi membina surau di sini. Peruntukan yang lain ialah dari bayaran cukai pasar malam dan Pasar Ramadhan serta derma penduduk.. Maka penduduk mendirikan surau secara bergotong royong dan menyiapkan surau dalam masa tiga bulan. Tapak bagi surau adalah atas sebahagian dari kawasan padang rekreasi di sini. Keluasan surau adalah 30 x 30 kaki persegi dan berbentuk empat persegi dengan kos setakat ini melebihi RM30,000. Sudah tentulah surau ini memerlukan perluasan semua keliling bagi bangunan ini. Surau Damai Impian, Seksyen 3 Tambahan ini mula digunakan pada 1 Ramadhan 1432 bersamaan 1 Ogos 2011 baru banru ini dengan kapasiti ruang memuatkan jamaah serami 100 orang.

Adun yang datang sekejap selepas kembali dari Surau Ubudiyah di Seri Kembangan ketika diminta berucap ringkas selepas solat Maghrib mengucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk dan penduduk, kerana dapat menyiapkan bangunan surau dalam masa yang singkat, iaitu dalam tempoh tiga bulan. Surau ini menyamai beberapa surau yang dapat disiapkan dalam masa yang singkat, iaitu Surau Ar. Rahim, Seksyen 8 Tambahan yang dapat disiapkan dalam masa sebulan dan Surau Al-Ikhwan yang disiapkan dari bulan Mei hingga Disember 2010 yang lepas. Kecepatan pembinaan sudah tentulah bergantung kepada AJK Persatuan Penduduk dan Surau yang mampu mengeluarkan dana dan membinanya. Adun berharap dengan adanya surau rasmi membolehkan para jamaah setempat menjadikan surau sebagai pusat kegiatan penduduk sama ada bersifat ibadat, pendidikan dan kemasyarakatan. Adun percaya sokongan dan kerjasama penduduk dapat diteruskan bagi pembesaran surau. Adun bergembira dengan keaktifan penduduk di sini. Adun mencadangkan bagi mendapat bantuan boleh meminta bantuan dari peruntukan zakat.

Selepas Majlis ringkas Adun melihat bangunan dari dalam dan luar. Memang bangunan bersifat asas. Tiada sayap kelilingan bagi melindungan dari hujan yang terus membasahi dinding.

Walau apa pun kita mengucapkan Tahniah kepada penduduk yang berjaya menyiapkan asas bangunan surau yang menuntut keikhlasan penduduk bagi membesar dan melengkapkan Surau Damai Impian.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SELANGOR

Copyright 2010 All Rights Reserved