Jumaat, 19 Ogos 2011

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Dr Shafie Abu Bakar: Rumah Runtuh <b>Di Kajang</b> Baru Akibat Gegaran <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 05:36 PM PDT

Bukit Kajang Baru, Kajang, 17 Ramadhan = 17 Ogos (Rabu):

Apa yang dibimbangi penduduk Taman Kajang Baru selama ini petang ini benar-benar terjadi, Rumah dua tingkat milik Encik S.K.Lim berhadapan dengan jalan keluar masuk lori-lori Syarikat Perumahan Ridge View benar-benar terjadi - runtuh. Beliau dan keluarga yang tinggal di sini sejak 15 tahun lepas berada di dalam keadaan damai dan selamat bersempadankan bukit dan pokok menghijau sebelum wujudnya Syarikat Perumahan berkenaan. Sejak Syarikat berkenaan beroperasi di sini beliau berada di dalam keadaan bimbang oleh kerana rumah beliau mengalami kegegaran dengan lalu lalang lebih 100 buah lori sehari melintasi rumah beliau dan rumah jiran berhadapan dengannya iaitu rumah milik Puan Lau. Keruntuhan rumah En. Lim adalah serius. Benteng setinggi 30 kaki bagi menahan kawasan rumah En. Lim dan tanah rubuh menyebabkan sebahagian rumah En. Lim tergantung dan mengundang runtuh lebih teruk jika tidak diambil tindakan segera,

Sebelum itu Adun Bangi yang baru pulang bertarawih di Surau Al-Hidayah, Lembah Mewah, Kajang sebaik tiba di rumah jam 11.00 malam dan sebelum mematikan enjin Hilux menerima telefon memaklumkan kepada Adun tentang kejadian tanah runtuh dan rumah rubuh di Kajang Baru. Adun menukar pakaian dari jubah ke seluar keluar berseorangan jam 11.00 malam itu setelah menelefon Sdr. Azizi mengajaknya keluar kembali, turut menyertai kami saudara Azmi Ahmad. Ketibaan kami menyaksikan kerosakan yang serius. Tiba dalam masa berdekatan ialah En Haris Tuan Pegawai Daerah Hulu Langat, En. Zulkifli Timbalan YDP MPKj, Pegawai Polis Kajang S I Rosli bersama dengan beberapa pegawai Polis dan orang ramai yang berada di lokasi lebih kurang 20 orang. Turut hadir kemudian ialah YB Dr. Che` Rusli Che` Mat Ahli Parlimen Hulu Langat dan saudara Adram Musa Ahli MPKj.

Keluarga En. Lim Pertama yang Adun dapat jumpa ialah Dr Loh menantu En, Lim yang tiggal bersamanya (15 orang dalam keluarganya) menurut Dr. Loh dia merasa hairan bagaimana pihak MPKj boleh membenarkan kawasan hijau diteroka dan dijadikan kawasan perumahan. Beliau menyebut banyak complain terhadap MPKj yang beliau buat, tetapi tindakan yang diambil menguntunkan pihak pemaju dan tidak ada pembelaan terhadap rakyat.`Adun juga menyebut beberapa kali pertemuan Persatuan Penduduk dan Rukun Tetangga yang antaranya Adun hadir. Dari desakan bahkan protes penduduk, biasanya pihak Syarikat menghentikan kerja untuk beberapa hari, tetapi kemudian mula bekerja balik.

Di atas keizinan En. Lim, Adun dan pengiring –pengiring masuk ke dalam kawasan rumah En. Lim melihat dari atas kawasan dan bahagian rumah yang runtuh, Menurut En. Lim rumahnya dipasang dua meter letrik. Pada bahagian runtuh memang tiada letrik dan terputus, tetapi meter kedua tidak terjejas, sebab itu masih ada api di bahagian kiri dan ruang tamu. Keluarganya berada pada bahagian kiri yang belum runtuh dan juga pada bahagian hadapan. Apabila Adun bertanya, adakah Encik Lim mengambil ansuran perumahan, beliau menjawab `Tidak`!`

Apabila ditanya adakah En. Lim yang sudah dalam umur bersara itu akan menggunakan peguam bagi membuat tuntutan kepada yang berkenaan ? Beliau menjawab,

`Saya mau rumah saya dipulih secara segera.`` Adun bertanya `Adakah En. Lim mempunyai rumah yang lain, jika dikehendaki pindah bagi keselamatan ? Beliau menjawab ` saya tidak mempunyai sebarang rumah yang lain.`` Adun menawarkan sedikit bantuan kewangan segera. Beliau berterima kasih dan menyatakan tidak perlu buat setakat ini.

Sementara itu jiran berhadapan rumah En. Lim, iaitu Puan Lau, bahagian depan rumahnya berhadapan dengan jalan masuk ke projek rosak teruk dan tidak selamat dari lumpur, habuk dan kebisingan. Beliau mempersoalkan, mengapa pintu pagar projek dibina berhampiran dengan rumah beliau, tetapi tidak ke dalam berdekatan dengan projek, Setahu beliau ada dua keping tanah kosong sebelum ke projek, mengapa tidak dibuat pintu pagar lebih ke dalam, Mengapa Iklan perumahan juga di tepi pagar beliau. Puan Lau mahu kawasan hadapan rumah beliau dibaiki sebagaimana sediakala.

Sebelum Adun memohon diri setelah sejam berada dilokasi, kami bersetuju soal rumah runtuh akan di bawah ke pihak atasan dan usaha hendaklah dilakukan segera bagi memulihkan bangunan rumah En, Lim.

Adun kembali ke rumah bersendirian jam 1.00 tengah malam selepas menghantar saudara Azizi ke rumahnya.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Dr Shafie Abu Bakar: Surau Damai Impian Terbaru <b>Di</b> Bandar Baru <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2011 05:45 PM PDT

Damai Impian, Seksyen 3 Tambahan, BBB, 13 Ramadhan = 13 Ogos (Sabtu):

Sejak Taman Damai Impian dihuni lima tahun yang lepas, penduduk berusaha mendapatkan surau bagi kegiatan ibadat secara jamaah dan kegiatan kemasyarakatan. Pada peringkat permulaan dengan menyewa rumah kediaman. Adun Bangi dapatlah dikatakan setiap Ramadhan berkesempatan menghadiri program Ramadhan surau di sini. Dalam masa yang sama penduduk berusaha mendapatkan tapak tetap bagi mendirikan surau.

Penduduk Damai Impian mempunyai kesepakatan yang tinggi. Antaranya mempunyai kepimpinan setempat seperti Tuan Haji Sufie Munassir sebagai Ketua Persatuan Penduduk yang juga selaku Pengerusi Surau. Beliau juga adalah AJK Persatuan Penduduk Induk Bandar Baru Bangi. Dengan keaktifan dan kedinamikan Persatuan dan Penduduk Damai Impian, maka pada tahun 2010 Persatuan dan penduduk memasuki Pertandingan Kejiranan Sepakat, maka Taman ini memenangi peringkat pertama di bawah anjuran MPKj. Adun dimaklumkan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Tuan Haji Sufi, bahawa kemenangan melayakkan Persatuan Penduduk menerima Gran RM15,000. Dari kewangan ini digunakan sebagai peruntukan asas bagi membina surau di sini. Peruntukan yang lain ialah dari bayaran cukai pasar malam dan Pasar Ramadhan serta derma penduduk.. Maka penduduk mendirikan surau secara bergotong royong dan menyiapkan surau dalam masa tiga bulan. Tapak bagi surau adalah atas sebahagian dari kawasan padang rekreasi di sini. Keluasan surau adalah 30 x 30 kaki persegi dan berbentuk empat persegi dengan kos setakat ini melebihi RM30,000. Sudah tentulah surau ini memerlukan perluasan semua keliling bagi bangunan ini. Surau Damai Impian, Seksyen 3 Tambahan ini mula digunakan pada 1 Ramadhan 1432 bersamaan 1 Ogos 2011 baru banru ini dengan kapasiti ruang memuatkan jamaah serami 100 orang.

Adun yang datang sekejap selepas kembali dari Surau Ubudiyah di Seri Kembangan ketika diminta berucap ringkas selepas solat Maghrib mengucapkan tahniah kepada Persatuan Penduduk dan penduduk, kerana dapat menyiapkan bangunan surau dalam masa yang singkat, iaitu dalam tempoh tiga bulan. Surau ini menyamai beberapa surau yang dapat disiapkan dalam masa yang singkat, iaitu Surau Ar. Rahim, Seksyen 8 Tambahan yang dapat disiapkan dalam masa sebulan dan Surau Al-Ikhwan yang disiapkan dari bulan Mei hingga Disember 2010 yang lepas. Kecepatan pembinaan sudah tentulah bergantung kepada AJK Persatuan Penduduk dan Surau yang mampu mengeluarkan dana dan membinanya. Adun berharap dengan adanya surau rasmi membolehkan para jamaah setempat menjadikan surau sebagai pusat kegiatan penduduk sama ada bersifat ibadat, pendidikan dan kemasyarakatan. Adun percaya sokongan dan kerjasama penduduk dapat diteruskan bagi pembesaran surau. Adun bergembira dengan keaktifan penduduk di sini. Adun mencadangkan bagi mendapat bantuan boleh meminta bantuan dari peruntukan zakat.

Selepas Majlis ringkas Adun melihat bangunan dari dalam dan luar. Memang bangunan bersifat asas. Tiada sayap kelilingan bagi melindungan dari hujan yang terus membasahi dinding.

Walau apa pun kita mengucapkan Tahniah kepada penduduk yang berjaya menyiapkan asas bangunan surau yang menuntut keikhlasan penduduk bagi membesar dan melengkapkan Surau Damai Impian.

Sekian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads